Rusia mendakwa #MH370 TIDAK terhempas di Lautan Hindi : telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan!!


Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.
mh370 dirampas

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.

Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. – Mynewshub.my

Detik Yang diNANTI SELURUH MATA DUNIA, ANWAR DEDAH LOKASI #MH370 HARI INI

Dikhabarkan Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini. Dalam sidang media tersebut beliau akan mendedahkan lokasi misteri pesawat MH370 yang hilang sejak sebulan yang lalu.

Satu dunia sedang menanti sidang media yang dikhabarkan akan diadakan bila-bila masa.

Dalam keadaan 26 Negara dunia menyertai SAR dengan segala teknologi canggih dan segala macam pakar...belanja mencecah jutaan dollar...dan ada antara Beberapa Negara tersebut Berpengaruh didunia ini masih bersusah payah merungkai misteri kehilangan mh370.....tiba2. seorang makhluk bernama Anwar Ibrahim tahu lokasi pesawat tersebut.

Tak perlu keluar belanja juta-juta, tak perlu susah-susah pergi ke Lautan Hindi yang kedalamnya mencecah 5000m, tak perlu peralatan canggih hanya dengar dan saksikan sidang media daripada bakal banduan Anwar Ibrahim.

Apa teknologi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang menandingi teknologi canggih yang digunakan oleh pasukan pencari, mungkin teknologi inilah yang telah digunakan sehingga penyokongnya termasuk Pak Lebai Pas menyokongnya walaupun tahu salahlaku moral Anwar Ibrahim.

Nantikan BESOK! PENDEDAHAN LOKASI #MH370 oleh #AnwarIbrahim di #ParlimenMalaysia #MalaysiaNews



Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 Besok di Parlimen.

Persoalannya kenapa di Parlimen BESOK? Kerana hanya di Parlimen sahajalah tindakan undang-undang tidak boleh diambil ke atas Anwar apabila pendedahan itu dibuat nanti. 

Jadi, Jom kita dengar Pendedahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim buat pendedahan lokasi MH370 BESOK.

KAPAL SELAM KECIL KESAN ISYARAT PING #MH370 #PrayForMH370


Kru mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datangnya dari kotak hitam pesawat MH370.

Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.
Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat. - AP

Tetapi malangnya kapal selam kecil tanpa pemandu ini tidak akan digunakan selagi isyarat ping yang ketiga dikesan...

Pasukan mencari dan menyelamat di Perth, tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut, selagi satu lagi isyarat pinger tidak berjaya dikesan.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata ini kerana pengesanan satu lagi isyarat pinger akan memberi pasukan pencarian satu petunjuk yang lebih jelas tentang apa yang berkemungkinan ada di dasar laut.

"Sekiranya kami boleh mendapatkan lebih banyak isyarat, kami boleh mendapat petunjuk yang lebih jelas tentang dasar laut yang akan membolehkan pencarian visual yang lebih khusus untuk mencari bangkai pesawat itu.

"Sekiranya kami turun ke dasar laut sekarang, ia akan memakan masa yang lama kerana pencarian akan lebih perlahan. Ia adalah satu tugas yang sangat sukar untuk mencari di dasar laut. Dengan paras  laut yang sangat dalam, ini satu tugas yang sangat mencabar," katanya semasa satu sidang media di Perth.

Houston turut berkata pasukan pencarian tidak mengesan apa-apa isyarat baru sejak semalam dan pencarian akan diteruskan untuk beberapa hari sehingga ia betul-betul dipastikan bahawa bateri kotak hitam telah tamat hayatnya.

Semalam, kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Houston sebelum ini memaklumkan isyarat ‘ping’ pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 13 minit sahaja.

Beliau turut berkata isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada perakam penerbangan dan perakam suara kokpit.



Kapal Tentera Laut Australia Kesan Isyarat Baharu Kotak Hitam 'Konsisten' #MH370


Sebuah kapal tentera laut Australia mengesan isyarat baharu kotak hitam pesawat 'konsisten' pesawat kotak hitam, kata seorang pegawai kanan pada Isnin ketika operasi mencari penerbangan MH370 yang hilang diteruskan.

"Alat pengesan 'Towed Pinger Locator' (TPL) yang dikerahkan dari kapal pertahanan Australia Ocean Shield telah mengesan isyarat konsisten yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat," kata bekas ketua pasukan pertahanan Australia Angus Houston, yang mengetuai badan penyelarasan carian.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa perkara itu memerlukan pengesahan lanjut.

#MH370 : Persoalan Why @NajibRazak Digelar PENGECUT ELAK SOALAN MEDIA #uULANGiSAMAN


Sebelum ini Anwar Ibrahim pernah mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib seorang pengecut apabila tidak mengadakan sebarang sesi soal jawab dengan media dalam dua kenyataan media PM sebelum ini berhubung kes MH370. 

Semalam pula media pembangkang sekali lagi membawa kisah yang sama berhubung dengan kenyataan media Datuk Najib di Perth. Lihat sini

Berhubung apa yang terjadi di Perth semalam, Pejabat Perdana Menteri Australia selaku tuan rumah telah memanggil media bagi tujuan membuat liputan Kenyataan Media Bersama untuk kedua-dua pemimpin. Pihak Australia sendiri selaku tuan rumah telah memaklumkan kepada pihak media bahawa tiada sidang media dan tiada soalan boleh dikemukakan melainkan fokus pada kenyataan yang dibacakan oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Tidak timbul soal Datuk Najib mengelak daripada menjawab soalan media kerana beliau mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. Jangan kata Datuk Najib, PM Australia pun amat jarang membuat sidang media tentang isu MH370 kerana media asing asyik bertanya soalan yang masih tidak ada jawapan di samping mahu Tony Abbot komen mengenai pelbagai teori yang dibentuk sendiri oleh media antarabangsa. 


Samalah dengan Datuk Najib dalam dua kenyataan media yang beliau lakukan sebelum ini. Adalah lebih baik beliau tidak menjawab sebarang soalan daripada media. Ini kerana media asing lebih beminat untuk mensensasikan isu daripada memfokus kepada misi pencarian. Lihatlah apa yang dilakukan oleh akhbar United Kingdom. Mereka buat pelbagai teori termasuklah menuduh secara terang-terangan kapten pesawat itu sebagai punca kehilangan MH370. 

Adakalanya soalan yang diberi tidak masuk akal dan tidak boleh dijawab melainkan telah selesai siasatan. Antara soalan yang ditanya, adakah kapten pesawat itu mungkin seorang pengganas, adakah pilot bawa pesawat ke Lautan Hindi untuk bunuh diri kerana kecewa dengan konflik kehidupan atau politik, benarkah pesawat dirampas sebelum terhempas, apa bukti semua penumpang dah mati, kenapa kerajaan sengaja sorok maklumat mengenai pesawat MH370 dan macam-macam lagi soalan provokasi yang boleh menjerat kita.  Sedangkan perkara-perkara ini dah berulang kali dijawab tapi mereka sengaja tidak siarkan kerana nak hidupkan isu di samping untuk menarik perhatian penonton agar terus bersama siaran mereka.

Tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak Datuk Najib mengelak daripada menjawab soalan-soalan media asing, kerana tidak mahu terjerat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Orang yang tidak memikul tanggungjawab di atas bahu bolehlah bercakap Datuk Najib pengecut, penakut dan sebagainya. Yang kena tuduh kes liwat pun tak berani beri keterangan dalam kandang saksi kerana takut disoal oleh peguam dan disoal balas oleh pendakwaraya. Akhirnya beri ceramah politik dalam dari kandang tertuduh. Kemudian nak bersumpah pun tak berani untuk menafikan dirinya seorang peliwat. Lagi mahu dakwa orang lain pengecut ke ? 

Dalam kes MH370 ini cuba kita renung-renung dan fikir-fikirkan kenapa media barat lebih condong membuat laporan menghentam Kerajaan Malaysia ? Sudah tentu mereka ada agenda tersembunyi. 

Pesawat MH370 adalah pesawat Boeing. Bagi saya matlamat mereka adalah mahu menyelamatkan Boeing dan menjaga muka kuasa besar dunia. Mereka menggambarkan mereka sebuah syarikat dan negara yang hebat. Tetapi dengan pakar-pakar dan kepakaran yang mereka ada sampai sekarang pun mereka gagal mengesan kedudukan pesawat itu. Sedangkan selama ini mereka digambarkan memiliki teknologi yang paling hebat dalam dunia. 

Sampai hari ini adakah anda pernah lihat, dengar atau baca mana-mana media asing menghentam atau mengkritik Boeing dalam hal ini ? Tidak mustahil syarikat itu telah meminta media barat agar tidak membangkitkan tentang sebarang kemungkinan kerosakkan atau kelemahan pesawat Boeing. Sebab itu media asing lebih galak mengaitkan kapten , pengganas dan Kerajaan Malaysia dalam hal itu. Semuanya untuk mengalih perhatian supaya Boeing tidak dipersalahkan. Jika terbukti pesawat Boeing bermasalah boleh menyebabkan syarikat penerbangan seluruh dunia akan beralih kepada Airbus. Dan ketika itu hancurlah Boeing. -rbf

DRMaza Konfrem Ulamak Bahlol #KapalSelam #SAR #MH370 #MalaysiaNews


Jangan Kata Bijak Pandai Bila Ada Title DR Dah Anggap Diri Tue Bijak Pandai...!!!
Bagi Macai-Macai Jangan Nak Ikut Menyalak Sangat...
Lain Kali Selidik Dulu Sebelum Nak Ikut Buat Kenyataan-Kenyataan Yang Tidak Masuk Akal...!!!

Waris #MH370 Berpeluang Mendapat Pampasan Lebih RM1 juta


Waris 227 penumpang dan 12 anak kapal MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi, berpeluang memperoleh pampasan sehingga RM1.3 juta (AS$400,000) setiap seorang. 

Bagaimanapun, jumlah itu boleh diperoleh jika mereka melantik firma perundangan penerbangan untuk mengendalikan tuntutan insurans, berbanding menyerahkannya kepada syarikat penerbangan terbabit. 

Ernie R Auliasari, juru perunding syarikat pengurusan tuntutan Asia Pacific Provides Claim Management Services (APCMS), yang berpangkalan di Jakarta, berkata mereka sewajarnya memperoleh pampasan setimpal dengan memfailkan tuntutan secara terus kepada syarikat insurans. 

“Jumlah pampasan minimum yang sepatutnya diterima waris adalah AS$400,000. Bagaimanapun, jumlah mungkin berbeza mengikut beberapa kriteria latar belakang penumpang seperti status sosial, bilangan tanggungan dan taraf sosio ekonomi. 

“Semua mangsa, termasuk dua penumpang bayi berhak mendapat pampasan insurans, malah jumlahnya mungkin lebih banyak kerana faktor umur,” katanya sambil menambah waris kru penerbangan juga boleh membuat tuntutan menerusi kaedah sama. 

Sehubungan itu, waris dinasihat tidak tergesa-gesa menandatangani sebarang dokumen perjanjian, terutama berhubung pelepasan liabiliti, walaupun ada pihak yang menawarkan sejumlah pampasan.-Bharian

ANALISIS PAKAR BERHUBUNG MISTERI #MH370 #MALAYSIANEWS

Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan. Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut : 

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
  • Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  • Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
  • Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
  • Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.
  • Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
  • Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.
  • Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370  dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
  • MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
  • Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.
  • Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.
  • Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.
  • Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara
  • Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan  MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.
Jelas, pada awal analisis Datuk Kapten Nik Huzlan - beliau secara sangat berhati-hati menganalisis cara MH370 dikendalikan. Melalui cara itu, maka hipotesis boleh dibuat dengan lebih kemas. Jika MH370 dipandu dengan cara cekap dan profesional semasa ia hilang daripada kawalan rada - maka MH370 sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan teknikal atau mekanikal - sebaliknya ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan kita semua.

Terkini, setelah hampir sebulan MH370 tidak ditemui, dan dengan pendedahan data terbaharu berkenaan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China - telah membawa kita kepada satu tahap kesimpulan yang lebih menyakinkan. Dan sekali lagi hipotesis Kapten Nik Huzlan menjadi sandara. Sebenarnya secara tidak langsung, Kapten Datuk Nik Huzlan telah pun memadamkan segala teori dan hipotesis sebelum Ini! Sudah lebih 3 minggu berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi MH370 yang mengandungi pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Dan melihat kepada bukti terbaru ini, maka sekali lagi Kapten Datuk Nik Huzlan mengukuhkan hujahnya seperti berikut :


  1. Nampak terang di sini pesawat MH370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah
  2. Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang
  3. Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.
  4. Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja.
  5. Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.
  6. Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang.
  7. Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.
  8. Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?
  9. Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.
  10. Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?
  11. Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.
  12. Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.
Kapten Nik Huzlan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan tidak benar.

KAPAL SELAM NUKLEAR BRITAIN HMS TIRELESS BANDING SCORPENE

Bila Pencarian MH370 dipolitikkan, pelbagai tanda tanya dibangkitkan, namun hakikatnya rakyat perlu tahu :

Role Of Israel & Soros Exposed By #MH370 Twin Jet In Tel Aviv

Role Of Israel & Soros Exposed By MH370 Twin Jet In Tel Aviv

By Yoichi Shimatsu
Exclusive to Rense.com
3-27-14

BANGKOK - It is by no mere coincidence, when telltale evidence of a Mossad role in the MH370 hijack was starting to snowball, that Israel's embassies and consulates were suddenly shut down due to a "strike by diplomatic staff". This fork-tongued alibi was obviously meant to prevent law enforcement agencies across Asia and the Western world from questioning Israeli intelligence agents and military attaches about the whereabouts and fate of the hundreds of passengers.

The Jewish state's diplomatic corps has retreated further into a tortoise shell, perhaps because of the hammer blow from investigative journalist Christopher Bollyn, who previously exposed Israel's hand behind the 911 attacks. Based on eyewitness reports from a network of plane watchers in Europe and in Israel, Bollyn reports that an identical production model of the Malaysian Airlines Boeing 777 is being kept out of regular service inside a hangar at Tel Aviv Airport.

Seattle-based Boeing assembles aircraft in pairs as its standard practice, but the question is how one jet was leased by Malaysia's national carrier while the matching plane was secretly turned over to the Israeli government without a purchase order from state-run El Al airlines.

Bollyn uncovered the fact that the two jets were delivered to a third-party company, whose top manager has a longtime connection with the George Soros. From the timeline of events, it is obvious that the plane transfers and subsequent electronic hijacking were part of a larger strategy, which was aimed at:

first, a planned alse-flag attack involving mass murder of American citizens to be blamed on the two Iranians aboard MH370, in order to prompt the White House to order air strikes against Iran's nuclear facilities and air defenses; and

second, the blatant theft of key technology related to Freehold Semiconductor's Kinesis microchip, the world's tiniest microcontroller, for use in miniature weapons systems that will ensure Israeli military supremacy for decades to come.

Bait and Swtich

Why do the Israeli false flaggers need to hijack the Malaysian sister-plane, when just one plane will suffice for the ruse? The mint-condition jet in Tel Aviv would be refitted with Stealth cloaking, state-of-air avionics (aviation electronics, DU-tipped munitions and high-temperature explosives, but fake evidence of Malaysian origins are needed to complete the ruse. Therefore, identifying metal tags and other identifying parts have to be removed from MH370, along with seat covers, crew uniforms and the bodies of the two Iranians, to be frozen in a morgue. The deception would, be complete with the transfer of the stripped Malaysian jet to El Al.

The cover story for TIME and the New York Times would fly as easily as a captured jetliner, running something like "The Iranian hijackers overcame the crew and flew the jet into a military airfield in Iran. Then the Revolutionary Guards loaded the plane with gasoline drums for a suicide mission against innocent civilians and our congressmen in Washington DC. We mourn the loss of the Capitol and the White House in the intense blaze that destroyed half of our beloved capital, but we face the future with courage and will deliver justice against that terrorist state. The last of the Axis of Evil will share the fate of its erstwhile partners. Now, from the Superdome, let's hear Lady Gaga sing the Star-Spangled Banner." Those are fighting words that can snap average Americans out of their antiwar malaise. Yes, propaganda is made for consumption by fools.

Going Boeing: We Know Why We're Here

Boeing's motto is precision perfect when it comes to MH370. No other aircraft manufacturer (think of McDonnel Douglas, for example, or long-gone Hughes) is closer to the US intelligence services. More than a business corporation, Boeing is a state unto itself, with a vast network of facilities around Seattle and at every major airport around the globe. Less visible are its connections with obscure airlines operating in remote islands, where it is routine to find amputated limbs of human-sacrifice victims floating into Puget Sound. The company provides for all of its powerful customers needs, desires and wildest fantasies, as expressed in its older slogan: Forever New Frontiers.

One of those frontiers is remote piloting of civilian aircraft, based on drone warfare technology, which Boeing developed from prototypes designed in Israel. The pair of 777s for Malaysia and Israel are new editions, and therefore rigged to fly by wireless.

Boeing delivered the twin jets to a middleman in October 2013, who delivered one to Malaysian Airlines in November. The timing coincides with the appointment of Joanne Magruire, a veteran Lockheed Martin Space Division executive, to the board of directors of Freescale Semiconductors, whose Kuala Lumpur staffers involved in the design of the Kinesis KL02 microchip were aboard MH370. The plan went like clockwork.

Who is Abdol Moabery?

The twin Boeing jets were sold to GA Telesis, an aircraft leasing and servicing company, based in Fort Lauderdale, Florida. The owner of GAT is Abdol Moabery, the son of Iranian immigrants in the posh Woodlawn Hills suburb of Los Angeles.

Before and after September 2001, Moabery was executive manager of Skywatch, a company that supplied monitoring devices for the rooftops of office towers. The electronic device can spot as many as 300 flying objects in one sweep and single out the one flying toward the targeted property. Handy indeed to welcome your boss on the helipad in Manhattan and also to direct his pilot toward the right building.

One of the partners in Skywatch was New York City Mayor Rudolf Guiliani, who claimed his interest was solely in its potential application to monitor US borders against illegal immigrants. One immigrant who slipped past the Skywatch net was Mohamad Atta. Despite or perhaps because of Skywatch, the two jetliners flew into the Towers like Robin Hood's arrows.

Six months after 911, Moabery left Skywatch to start up GA Telesis in Florida, a state then governed by fellow Republican Jeb Bush and where 911 suspects had extensive flight training.

Prior his term at Skywatch, Moabery served in the US Navy and then worked in executive positions for two Soros-owned aviation companies, Aviation Systems International and C-S Aviation. C-S stands for Chatterjee-Soros. Purnenda Chatterjee is a former Stanford Research Institute and McKinsey partner, whose Chatterjee Group funneled investment funds into West Bengal on behalf of his mentor Soros. In 2011, investors in North Carolina filed charges against Soros and his protege for fraud and embezzlement, an won the initial case by arguing that Soros concealed his ownership of the bankrupt company. Soros is not the Midas he pretends to be, often escaping out the back door leaving behind angry investors.

Moabery takes an interest in homeless children as founder of the charity called Kids in Distress.

Lord of the Skies and Depths

The Boeing corporate vice-president for Southeast Asia is Ralph "Skip" Boyce, the former US ambassador to Jakarta and Bangkok. The prize job came as reward for his past services to Boeing, black operations and the pedophile network. After his retirement from government service, Skip didn't break his stride:

-Boyce had just sold dozens of Boeing civilian aircraft to a new airline controlled by the Indonesian military just before the "accidental" crash of a demonstration model of a lower-cost Sukhoi Super 100 passenger plane for inexplicable reasons into a mountain after takeoff from the joint U.S.-Indonesian Halim Air Force Base.

Some background on the business-savvy man from Boeing:

- Boyce was on duty during the Bali bombing. Then editor of Jakarta Post Robert Finnegan, a retired Marine and founder of the 5th Estate news site, found evidence of high explosives and nuclear materials at the bomb site, which pointed to a US intelligence role in the killing of Australians undercover agents and Indonesian civilians. The ambassador in response arranged his removal from his editorship.

- Ambassador "Boyz" was the de facto dean of American envoys in Southeast Asia when anti-pedophile activist Sean Parlaman jumped off his apartment balcony in Pattaya, Thailand, according to local police on the pedophile payroll. His protection of high-ranking pedophiles in the State Department and Congress coincided with the discovery of the skeletons of 500 Indonesian boys inside a cave in Bali and intimidation of a Cambodian orphanage as a recruiting ground for sex slaves whose average age was 10 years old.

Boeing is certainly out there on the frontiers.

Dolphins at Diego Garcia

Instead of flying to Iran immediately, MH370 presumably landed at the gateway to the Persian Gulf, Diego Garcia, the presumption being based on eyewitness accounts in nearly Maldives of a low-flying plane on descent toward that destination.

On the surface and from satellite images, Diego Garcia seems a barren atoll. That's because most of the US Navy and Air Force bases are underground inside vast bunkers installed a decade ago. The island, part of the British-owned Chagos archipelago south of India, later made headlines as the storage site for hundreds of bunker-buster JDAM bombs for a joint Israel-US airstrike against Iran's nuclear facilities and air defenses.

The Israeli military and intelligence presence on Diego Garcia is so massive that long-distance phone operators offer a special discount card for calls to Israel. The Israeli Navy's nuclear-missile capable Dolphin submarines refuel and are serviced at Diego Garcia, saving the time and expense of going to Elat on the Red Sea.

An IDF Dolphin sub from Diego Garcia sank the South Korean frigate Choenan. The Dolphin crew, panicked by the unscheduled voyage, fired a smart torpedo at the frigate. On the following two days, South Korean naval divers rescued several Caucasians, including two drowning victims, from a sunken submarine. That Dolphin submarine, based at an underwater base south of Inchon, was later replaced with an IDF order for a new sub from HDW Germany. Cannon fire from the Choenan's sister ship had hit the Dolphin after it sank the Choenan, following delivered nuclear-weapons material to the North Korean military.

Israel is neck-deep in intrigue across Asia, including nuclear deals with North Korea and Japan. As mentioned earlier in this series on MH370, Israeli-linked agents including Google and Facebook have monitored email servers across Southeast Asia and hacked into computers of Palestinian supporters.

The role of Israeli intelligence assets inside Muslim-dominated Malaysia is a long-running issue that involves strings of stay-behind agents left by the British colonial authority. These underground networks are descended from two strands of Jewish administrators and merchants in colonial Malaya. First are those who have origins in the Ottoman empire and migrated under Britain's favorable policy toward the Donmeh Jews (hidden Jews inside the Islamic community across the Arab realm, Turkey and Iran) during the Ataturk period. Second are Baghdadi Jews involved in the opium trade. More recent recruits are ordinary bureaucrats and military officers who are in need of a handful of shekels to pay their gambling debts.

The spotting of increasing amounts of flotsam and jetsam off the Australian coast are meant to throw public attention off track. In actual flotation situations, there would be less debris with each passing day, as seats become waterlogged and life jackets deflate. Obviously, submarines from Diego Garcia are jettisoning pieces of aircraft through their missile hatches with blasts of compressed air. Bodies can be frozen in morgues with life jackets to be partially opened before dispatching them out the torpedo tubes.

Soros Gets More Than a Pound

The Malaysian jetliner, and its hidden sibling in Tel Aviv, are the instruments that should have guaranteed Zionist supremacy over the global economic and political order throughout this century. Instead, their grandiose design is collapsing under its own fabrications and delusions, as Israeli envoys scurry into the shadows like rats under spotlights. The FBI and Interpol have a monumental task ahead. Crush Israeli terrorist apparatus and hunt down their cells until world civilization is safe again.

"Thieves, murderers and liars" are mere words that can hardly describe the crafty criminality of the Israeli spy chiefs. But what about their paymaster, what does Soros get out of the deal? For one thing, the Mossad turns over the Kinesis microchip technology as thanks for his patriotism. Chips aside, what Soros really, really wants is the satisfaction of payback against Malaysia. Few things are more important than money, and that short list includes revenge.

The Hungarian Jew tycoon, who bought US citizenship after defrauding the Bank of England, has a die-hard grudge against Malaysia. During his cunning attempt to wreck the currencies of Southeast Asian, with the hidden agenda of buying assets and property on the cheap, Soros was slammed down by Malaysia's then Prime Minister Muhammad Mahathir, who imposed a currency board to stop capital flight. That was back in 2008. (The Zionist-influenced Western media and Wall Street bankers quickly denounced Mahathir as "anti-semitic", forgetting out of their dismal cultural ignorance that an Asian Muslim cannot be such since fellow believers across the Arab world are more Semitic than European Jews.)

If revenge is a dish best served cold, Soros has ice in his veins and waited till his dying days to gouge out a pound of flesh from Malaysia's body politick.

At the risk of sounding as soft as Lady Portia with her aristocratic Venetian accent, let me suggest that the world community is to be governed with compassion for the poor and genuine democracy, and not by a top-down global order imposed with violence and greed from a self-appointed religious minority. So as the noose tightens on that little rogue state that would be king of our planet, let us mourn the victims of Flight 370 as much as we grieved over those who died inside the World Trade Center. Such bloodthirsty evil should never be allowed to strike again.

Yoichi Shimatsu, former editor with the Japan Times group in Tokyo, is a Hong Kong-based science writer. 

Anggota Keluarga Penumpang #MH370 Diberi Taklimat Hari Ini



Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, hari ini mengadakan perjumpaan dengan lebih 40 anggota keluarga penumpang pesawat itu yang dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi.

Mereka termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud, Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Duta China di Malaysia Huang Hui Kang dan pasukan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB).

Mereka tiba antara 9 pagi hingga 9.45 pagi di Hotel Bangi-Putrajaya ini, anggota keluarga berkenaan ditempatkan, kebanyakannya warga China.

Difahamkan anggota keluarga itu akan diberikan taklimat khas tertutup tentang perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Taklimat itu dijangka berlangsung selama dua jam dan difahamkan juga akan disiarkan secara langsung menerusi telesidang kepada anggota keluarga penumpang yang lain di China.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi". - BERNAMA


UK Hantar Kapal Selam HMS Tireless Bantu Pencarian #MH370



Kapal selam British HMS Tireless menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal bulan lepas, di Lautan Hindi.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi Selasa. Hawaii adalah 18 jam lewat di belakang Malaysia.

"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya kepada Bernama di sini.

Hishammuddin tiba di sini Isnin untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.

Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapal itu yang dalam penerbangan ke Beijing hilang secara misteri pada 8 Mac lepas ketika merentasi Laut China Selatan, selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam.

Para pemerhati berkata ia menunjukkan sokongan berterusan United Kingdom kepada percubaan pelbagai negara untuk mengesan pesawat yang hilang itu.

Peralatan pendengaran dalam air yang canggih dimiliki HMS Tireless akan digunakan untuk mengesan lampu isyarat pengesan perakam penerbangan pesawat itu.

Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar, berkeupayaan untuk beroperasi di kawasan persekitaran maritim yang paling teruk, seperti di Kutub Selatan.

Tambahan pula, UK telah menghantar HMS Echo untuk membantu pencarian.

"Saya berharap setiap orang akan mendoakan kesemua aset yang kita ada boleh mengenalpasti objek-objek yang dikesan oleh satelit-satelit dalam pencarian penerbangan MH370," kata Hishammuddin.

Satu operasi melibatkan pelbagai negara telah digerakkan bagi mencari pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian selepas didapati pesawat itu melencong dari laluan asal, pencariannya beralih di sepanjang dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berikutan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK merumuskan penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ditengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, selepas 17 hari kehilangan pesawat itu, bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Pencarian diteruskan di sana.

Sementara itu, kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 Rabu.

Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur pada Rabu, berkata Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon Selasa.

"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.

"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.

Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya.

"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air. Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.

Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.

Empat anggota Tentera Udara Diraja yang dipinjamkan ke Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja New Zealand juga terlibat secara aktif dalam operasi pencarian maritim, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


PENGARAH LORD OF THE RINGS & THE HOBBIT TERLIBAT DALAM SAR #MH370 ?

Sungguh menarik. Jet peribadi pengarah filem terkenal dan pemenang Oscar, Peter Jackson turut terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi.




Pada mulanya berita ini telah dinafikan, bagaimana pun jurucakap filem New Zealand kemudiannya mengesahkan jet peribadi Peter Jackson telah disewa kepada Pihak Berkuasa Australia.  


Radio New Zealand berkata Jackson, yang mengarahkan filem box-office "Lord of the Rings" dan " The Hobbit ", secara peribadi telah meluluskan penggunaan jet Gulfstream G650 milik beliau. MIM