#MH370 : Persoalan Why @NajibRazak Digelar PENGECUT ELAK SOALAN MEDIA #uULANGiSAMAN


Sebelum ini Anwar Ibrahim pernah mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib seorang pengecut apabila tidak mengadakan sebarang sesi soal jawab dengan media dalam dua kenyataan media PM sebelum ini berhubung kes MH370. 

Semalam pula media pembangkang sekali lagi membawa kisah yang sama berhubung dengan kenyataan media Datuk Najib di Perth. Lihat sini

Berhubung apa yang terjadi di Perth semalam, Pejabat Perdana Menteri Australia selaku tuan rumah telah memanggil media bagi tujuan membuat liputan Kenyataan Media Bersama untuk kedua-dua pemimpin. Pihak Australia sendiri selaku tuan rumah telah memaklumkan kepada pihak media bahawa tiada sidang media dan tiada soalan boleh dikemukakan melainkan fokus pada kenyataan yang dibacakan oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Tidak timbul soal Datuk Najib mengelak daripada menjawab soalan media kerana beliau mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. Jangan kata Datuk Najib, PM Australia pun amat jarang membuat sidang media tentang isu MH370 kerana media asing asyik bertanya soalan yang masih tidak ada jawapan di samping mahu Tony Abbot komen mengenai pelbagai teori yang dibentuk sendiri oleh media antarabangsa. 


Samalah dengan Datuk Najib dalam dua kenyataan media yang beliau lakukan sebelum ini. Adalah lebih baik beliau tidak menjawab sebarang soalan daripada media. Ini kerana media asing lebih beminat untuk mensensasikan isu daripada memfokus kepada misi pencarian. Lihatlah apa yang dilakukan oleh akhbar United Kingdom. Mereka buat pelbagai teori termasuklah menuduh secara terang-terangan kapten pesawat itu sebagai punca kehilangan MH370. 

Adakalanya soalan yang diberi tidak masuk akal dan tidak boleh dijawab melainkan telah selesai siasatan. Antara soalan yang ditanya, adakah kapten pesawat itu mungkin seorang pengganas, adakah pilot bawa pesawat ke Lautan Hindi untuk bunuh diri kerana kecewa dengan konflik kehidupan atau politik, benarkah pesawat dirampas sebelum terhempas, apa bukti semua penumpang dah mati, kenapa kerajaan sengaja sorok maklumat mengenai pesawat MH370 dan macam-macam lagi soalan provokasi yang boleh menjerat kita.  Sedangkan perkara-perkara ini dah berulang kali dijawab tapi mereka sengaja tidak siarkan kerana nak hidupkan isu di samping untuk menarik perhatian penonton agar terus bersama siaran mereka.

Tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak Datuk Najib mengelak daripada menjawab soalan-soalan media asing, kerana tidak mahu terjerat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Orang yang tidak memikul tanggungjawab di atas bahu bolehlah bercakap Datuk Najib pengecut, penakut dan sebagainya. Yang kena tuduh kes liwat pun tak berani beri keterangan dalam kandang saksi kerana takut disoal oleh peguam dan disoal balas oleh pendakwaraya. Akhirnya beri ceramah politik dalam dari kandang tertuduh. Kemudian nak bersumpah pun tak berani untuk menafikan dirinya seorang peliwat. Lagi mahu dakwa orang lain pengecut ke ? 

Dalam kes MH370 ini cuba kita renung-renung dan fikir-fikirkan kenapa media barat lebih condong membuat laporan menghentam Kerajaan Malaysia ? Sudah tentu mereka ada agenda tersembunyi. 

Pesawat MH370 adalah pesawat Boeing. Bagi saya matlamat mereka adalah mahu menyelamatkan Boeing dan menjaga muka kuasa besar dunia. Mereka menggambarkan mereka sebuah syarikat dan negara yang hebat. Tetapi dengan pakar-pakar dan kepakaran yang mereka ada sampai sekarang pun mereka gagal mengesan kedudukan pesawat itu. Sedangkan selama ini mereka digambarkan memiliki teknologi yang paling hebat dalam dunia. 

Sampai hari ini adakah anda pernah lihat, dengar atau baca mana-mana media asing menghentam atau mengkritik Boeing dalam hal ini ? Tidak mustahil syarikat itu telah meminta media barat agar tidak membangkitkan tentang sebarang kemungkinan kerosakkan atau kelemahan pesawat Boeing. Sebab itu media asing lebih galak mengaitkan kapten , pengganas dan Kerajaan Malaysia dalam hal itu. Semuanya untuk mengalih perhatian supaya Boeing tidak dipersalahkan. Jika terbukti pesawat Boeing bermasalah boleh menyebabkan syarikat penerbangan seluruh dunia akan beralih kepada Airbus. Dan ketika itu hancurlah Boeing. -rbf

Post a Comment