Kru mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datangnya dari kotak hitam pesawat MH370.
Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.

Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.
Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat. - AP
Tetapi malangnya kapal selam kecil tanpa pemandu ini tidak akan digunakan selagi isyarat ping yang ketiga dikesan...
Pasukan mencari dan menyelamat di Perth, tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut, selagi satu lagi isyarat pinger tidak berjaya dikesan.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata ini kerana pengesanan satu lagi isyarat pinger akan memberi pasukan pencarian satu petunjuk yang lebih jelas tentang apa yang berkemungkinan ada di dasar laut.
"Sekiranya kami boleh mendapatkan lebih banyak isyarat, kami boleh mendapat petunjuk yang lebih jelas tentang dasar laut yang akan membolehkan pencarian visual yang lebih khusus untuk mencari bangkai pesawat itu.
"Sekiranya kami turun ke dasar laut sekarang, ia akan memakan masa yang lama kerana pencarian akan lebih perlahan. Ia adalah satu tugas yang sangat sukar untuk mencari di dasar laut. Dengan paras laut yang sangat dalam, ini satu tugas yang sangat mencabar," katanya semasa satu sidang media di Perth.
Houston turut berkata pasukan pencarian tidak mengesan apa-apa isyarat baru sejak semalam dan pencarian akan diteruskan untuk beberapa hari sehingga ia betul-betul dipastikan bahawa bateri kotak hitam telah tamat hayatnya.
Semalam, kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.
Houston sebelum ini memaklumkan isyarat ‘ping’ pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 13 minit sahaja.
Beliau turut berkata isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada perakam penerbangan dan perakam suara kokpit.

Post a Comment