GAGAL DI KAJANG, AL-KISAH PEREMPUAN SIMPANAN PULA DICIPTA BAGI MENJATUHKAN KHALID IBRAHIM?


Hari ini, gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar tersebut gagal menepati janjinya. (BACA DI SINI)

Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar yang dimaksudkan?

Berita berkenaan dipangkalkan di PETALING JAYA. Sekaligus cuba memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor. 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan.

Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim?

Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Semalam, Wan Azizah melafazkan ikrar bahawa dia tidak berniat hendak menjadi Menteri Besar Selangor. Namun seperti biasa, setiap kali ada pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah, maka perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.

Berita tentang Menteri Besar serta perempuan simpanannya, sebenarnya adalah adalah berita yang bertujuan untuk memalukan Khalid Ibrahim, sekaligus menekannya agar segera melepaskan jawatan, selain ugutan agar tidak meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Kumpulan pro-Azmin Ali yang dibantu oleh Ketua Wanita PKR sebelum ini telah berjaya mengenakan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, mereka cuba mengulanginya terhadap Khalid Ibrahim agar tidak meneruskan niatnya untuk menentang Azmin Ali. Apatah Khalid Ibrahim bagi mereka tidak cukup bijak untuk berpolitik dan seringkali boleh dijadikan lembu yang dicucuk hidung.

Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO. Ramai yang melihat berita ini sebenarnya lebih tertumpu dan terkait dengan Khalid Ibrahim serta wanita bernama Rahimah yang sebelum ini telah dikhabarkan menjalin hubungan terlarang semenjak dari PNB lagi.

Ironinya, 'skandal' Khalid Ibrahim dengan wanita itu juga, mempunyai kaitan langsung dengan Azmin Ali yang dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin!

http://selangorchronicle.blogspot.com/

Post a Comment