PKR Tabur JANJI DEMI RAKYAT TAPI HAKIKAT DEMI #AnwarIbrahim #PRKKajang #KajangMove

Embedded image permalink

Menurut blog Hambali Sepanjang tempoh 25 tahun yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang hanya dua kali di menangi Barisan Nasional, iaitu 1995 dan 2004.

Selebihnya sama ada dimenangi oleh DAP, PAS dan juga PKR. Kajang adalah sebuah bandar yang membangun dengan kawasan industri, komersial dan perumahan serta turut mempunyai kampung-kampung tradisi dengan penghuninya aktif dalam bidang pertanian.

Berdasarkan statistik Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRU13 pada Mei tahun lepas, pengundi Melayu terdiri daripada 48.48 peratus, Cina (40.46 peratus) dan India (10.15 peratus).

Tidak sampai setahun selepas PRU13 pada 5 Mei tahun lepas, pengundi DUN Kajang perlu sekali lagi membuat keputusan siapa yang mereka pilih sebagai wakil kawasan itu ke Dewan Undangan Negeri Selangor.

PKR sehari selepas kerusi itu dikosongkan wakilnya Lee pada 27 Januari, telah mengumumkan akan menurunkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga ketua pembangkang sebagai calon parti itu untuk PRK 23 Mac ini.

Bagaimanapun, akibatkan disabitkan kesalahan liwat oleh Mahkamah Anwar tidak layak ertanding dan digantikan dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebanyak 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya itu, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.


DUN Kajang pada PRU 1986 dan 1990 dimenangi calon DAP, iaitu Chan Kok Kit (1986) dengan majoriti 1,651 undi dalam pertandingan lima penjuru, dan bekas Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw (1990) mengalahkan calon BN Khoo Chai Hong dengan majoriti 3,911 undi.

BN menang pada PRU 1995 apabila calonnya Choong Tow Chow daripada MCA mengalahkan calon Pas Dr Safie Ibrahim dengan majoriti 7,705 undi, dan pada PRU 1999 kerusi itu menjadi milik Pas apabila calonnya Dr Shafie Abu Bakar menewaskan Choong dengan majoriti tipis 37 undi.

Pada PRU 2004, BN merampas kembali kerusi itu apabila calonnya Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA menewaskan calon PKR, Kim Sin dengan majoriti 2,773 undi.

Sejak dua PRU lepas, pada 2008 dan 2013, DUN Kajang menjadi milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila pada 2008 calonnya Lee Kim Sin mengalahkan penyandang kerusi itu Low Lee daripada MCA dengan majoriti 3,268 undi.

Pada PRU13, Mei lepas, calon PKR Lee Chin Cheh mempertahankan kerusi itu bagi PKR dengan memenanginya majoriti undi 6,824 dalam pertandingan enam penjuru.


Pada prk Dun Kajang kali ini parti PKR telah menyebarkan satu risalah kononnya rakyat negeri Selangor dijanjikan dengan faedah-faedah yang menarik jika mereka memilih calon PKR.

Persoalannya adakah rakyat negeri Selangor tahu bahawa janji lama yang telah dibuat oleh pakatan rakyat belum lagi ditunaikan.