PENDEDAHAN Skrip Bini Anwar Berkempen Sejak diUmum Sebagai Calon #PRKKajang #KajangMove


Selama berkempen, jom kita tengok apa yang dibangkitkan Kak Wan semasa ceramah di seluruh pelusuk Kajang. Apa yang menarik, skripnya sama saja. SIMPATI, MALANG TIMPA SUAMI, KEADILAN, KESIAN.... 
Tiga minggu mengikuti kempen calon yang tak jadi dan calon yang mengganti, ternyata dua pendekatan kempen yang berbeza. Sekurang kurang nya calon yang tidak jadi ada juga menjanjikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor untuk kebaikan rakyat Selangor. 
Tetapi calon mengganti cuma merayu simpati dari pengundi Kajang dengan mengulang cerita malang yang menimpa suami dan keluarga, tak ada beza dari dulu sehingga kini. Keadilan, keadilan, keadilan... untuk suami nya semata mata dan tidak ada satu jalan cerita keadilan untuk rakyat Kajang khususnya dan Selangor amnya. Sangat berbeza pula dengan mesej kempen calon BN.
          - Minaq Jinggo 

Ternyata dari situ kita dapat simpulkan, PRK KAJANG diadakan demi menarik perhatian rakyat untuk melihat dan memberi perhatian terhadap Anwar Ibrahim. Bayangkan tanpa PRK KAJANG, agaknya ada rakyat nak kesah dengan Kes Anwar Ibrahim? 


Photo: BIAR GAMBAR BERBICARA....