#PRKKAJANG !! BINI ANWAR TUDUH SPR menambah bilangan pengundi secara mendadak!! #KAJANGMOVE


Nampaknya Wan Azizah sudah mula melakukan kempen penipuan di Kajang apabila menuduh SPR menambah bilangan pengundi di Kajang secara mendadak.

Walaubagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya kononnya berlaku pertambahan mendadak seperti didakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga calon bagi pilihan raya kecil itu merupakan pembohongan melampau tanpa berpandukan data lengkap disediakan.

Beliau berkata jumlah pengundi awal yang layak mengundi ialah sebanyak 1,197 orang, pertambahan sebanyak 17 pengundi berbanding 1,180 ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lepas.

"Tuduhan bahawa SPR sengaja menambah bilangan pengundi disebabkan dakwaan undi awal kebanyakannya menyokong Barisan Nasional (BN) merupakan satu pembohongan besar dan melampau.

"Untuk makluman, jumlah pengundi awal atau pengundi biasa ditentukan berdasarkan jumlah semasa pengundi sehari sebelum seseorang penyandang meletak jawatan...maknanya kita tidak boleh sesuka hati menambah bilangan selepas berlaku kekosongan," katanya kepada Bernama di Kajang hari ini.

Abdul Aziz mengulas kenyataan Dr Wan Azizah hari ini yang mendakwa berlaku peningkatan mendadak jumlah pengundi melebihi 1,000 daripada hanya 300 pengundi awal yang mengundi pada PRU lepas.

Menurut Dr Wan Azizah pihaknya cukup sangsi dengan peningkatan itu, apatah lagi ketika selepas dan sebelum pengundian hanya SPR dan polis yang berhak mengawasi kotak undi, manakala undi itu pula selalunya berpihak kepada BN.

Abdul Aziz berkata jumlah 17 pengundi awal didaftarkan merupakan pertambahan yang sangat biasa, mungkin disebabkan keperluan semasa anggota polis di Kajang.

"Hanya PKR yang tahu bila Lee Chin Cheh (penyandang kerusi dari PKR) akan meletak jawatan, jadi berdasarkan pernyataan di atas saya minta mereka hentikan kenyataan tidak berasas ini," katanya.

Pengundian awal bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung esok di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, membabitkan 1,197 anggota polis dan pasangan.

Pilihan raya kecil pada 23 Mac itu menyaksikan Dr Wan Azizah berdepan Datin Paduka Chew Mei Fun dari BN.