
Menteri Tugas Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem, 68, yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu berkuatkuasa 1 Mac ini.
Ia berikutan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berkuatkuasa pada 28 Februari ini.
Pelantikan Adenan diumumkan oleh Abdul Taib sendiri selepas mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, di sini petang tadi bagi menghantar surat peletakan jawatannya.