GEMPAR!! : TAIB MAHMUD SAH LETAK JAWATAN BERKUATKUASA 28 Feb ini #peralihankuasa #Sarawak

Embedded image permalink
Pertemuan CM Taib dan TYT

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada pukul 3 petang hari ini.

Menerusi pengumuman mengejut pada tengah hari Rabu, Jabatan Penerangan Negeri mengeluarkan jemputan media bagi membuat liputan majlis berkenaan di Astana Negeri.

Sebelum ini, Abdul Taib mengumumkan bahawa beliau akan menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak pada Sabtu ini.

Bagaimanapun dengan pengumuman mengejut ini, dijangkakan bahawa Abdul Taib akan menghantar surat perletakan jawatannya lebih awal.


Updated : Taib Mahmud sah letak jawatan berkuatkuatkuasa 28 Feb ini dan Tan Sri Adenan Satem pengganti sebagai pengganti mulai 1 Mac ini sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-5.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berkenan menerima surat hasrat meletak jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di Kuching pada Rabu. -fotoBERNAMA