Penyanyi veteran Herman Tino sekali lagi mencuba nasib dalam arena politik berikutan berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi meminta supaya rakyat Kajang memberi peluang kepadanya untuk mewakili kawasan tersebut selepas gagal mendapat tempat di Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Kajang yang budiman! Aku minta izin bertanding. Mohon jangan tamatkan riwayat wang taruhanku! Aku hanya penyanyi yang hampir luput," katanya menerusi laman sosial twitter @Herman4Kajang baru-baru ini.
Sementara itu, beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pesona palsu berikutan Ketua Pembangkang itu tetap dipercayai ramai penyokong sungguhpun berbohong.
"Anwar itu makin palsu tapi masih punya pesona. Dalam puluhan juta hanya dia seorang tapi belum tentu dia terpilih," katanya lagi.
Pada PRU13 lalu, Herman kalah untuk merebut kerusi Parlimen Tajung Karang sehingga kehilangan wang depositnya.