PIL KUDA : ANWAR BERDEGIL TAK MAHU ARAH AHLI PKR TARIK SAMAN HADI 2.2JUTA? #PRKKajang #MalaysiaNews


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak bertegas mahu memecat keahlian bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin, walaupun tindakannya telah mencemar imej Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR).

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh Mohd. Shamsul.

Mohd. Shamsul melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember tahun lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd. Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam kenyataan media pada 27 Februari lalu memutuskan tidak akan mengumumkan pendirian parti berhubung isu tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada Anwar Ibrahim.

Azan menjelaskan bahawa pendirian PKR negeri mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

“Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta PAS Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH,” katanya.

)

Pada 5 Mac, Anwar selaku Ketua Pembangkang menyatakan beliautidak bersetuju dengan tindakan ahlinya menyaman Presiden PAS, namun tidak bersedia memecat keahlian Mohd Shamsul.

“Saya dah terangkan kepada Hadi Awang yang pertama kita telah menasihatkan mesyuarat Majlis Tertinggi PKR bahawa tak wajar diteruskan (saman). Memadai untuk ditemui dan menyampaikan pandangan ataupun minta jasa baik kami untuk atur pertemuan kerana ini bukan sahaja dikalangan sahabat tetapi pimpinan utama dalam PR.

“Kemudian diulangi dalam mesyuarat biro politik PKR. Walaupun dia hujahkan ini melibatkan maruah kemudian ianya terhenti begitu sehingga kita mendapat keputusan mahkamah,” kata Anwar dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR di Pejabat Agung PAS.

)

Sikap ‘double standard’ PKR yang tidak mahu memecat keahlian Mohd Shamsul berbeza kes Datuk Zulkifli Noordin yang dipecat keahliannyapada tahun 2010.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada 6 Mac 2010 telah mengumumkan pemecatan Zulkifli kerana didakwa telah mencemar imej pemimpin PR, termasuk mengkritik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah.

Zulkifli dalam kenyataannya mendakwa pemecatannya berpunca daripada sikapnya yang tidak sehaluan dengan polisi parti, malah beliau dihadap ke lembaga jawatankuasa disiplin parti berkaitan dengan isu kalimah Allah.

Berbeza pula dengan sikap PAS terhadap ahlinya, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat keahliannya pada Januari 2012kerana didakwa telah mencemar imej Anwar.

“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata Hassan di kediamannya dalam satu sidang media, 8 Januari 2012.

)

Hassan berkata pandangan yang diberikannya terhadap Anwar kerana tidak mahu rakyat terjebak dengan permainan politik peribadi Ketua Umum PKR itu.

“Saya tidak mahu dia (Anwar) mengheret rakyat dalan perjuangannya yang saya rasa amat kotor.

“Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar dalam perhimpunan esok (9 Januari 2012), saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat kenyataan mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri,” katanya.

Tambahnya, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang yang ‘meragukan’

“Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

“Apa hak Azmin hendak mencampuri urusan rumahtangga PAS?”

“Walau apapun terjadi, sama ada saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya lagi.

Hassan dipecat keahlian ketika memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor.


mymassa