#AnwarIbrahim Berhujah Pertahankan Diri di #DewanRakyat #Parlimen #Malaysia #TolakAnwarIbrahimSekeluarga



Dewan Rakyat Parlimen hari ini PANAS apabila Anwar Ibrahim yang akhirnya masuk ke dalam Dewan selepas memohon penangguhan gilirannya bagi membahas titah ucapan DYMM SPB YDA. Bermula dengan gah dan tarikan bacaan hadis, Anwar Ibrahim lebih ghairah membahas mengangkat dirinya sebagai mangsa kerakusan kerajaan BN. 

Ironinya, Anwar Ibrahim yang sebelum ini memboikot sidang Dewan Rakyat hari ini berdiri dengan penuh bengis menyatakan kerajaan BN melalui Safee Abdullah telah menyebabkan beliau dipejarakan. Untuk rekod, kes liwat Anwar Ibrahim bersama pembantu peribadinya, Saiful telah berlarutan sejak 2008. Pelbagai alasan untuk menangguhkan kes tersebut dicipta, antaranya termasuklah surat cuti sakit (MC).