#AnwarIbrahim Pening MEDIA ANTARABANGSA Memihak kepada UMNO #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kehilangan MH370 impak daripada kesedihan juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah dan dipenjara lima tahun.

Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan insiden yang memilukan hati seluruh dunia.

"Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-main rupanya mereka serius tuduh saya.

"Agensi-agensi media asing seluruh dunia mempersoalkan juruterbang sangat sedih dan bertindak melarikan pesawat  sebab Anwar kena hukum penjara lima tahun," katanya dalam ceramah di Sungai Chua, semalam.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, situasi tersebut bukan sahaja juruterbang (Kapten Zaharie) sedih malah jutaan rakyat Malaysia turut berkongsi rasa sama.

"Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu teksi pun sedih juga tapi tak pula pergi langgar orang.

"PRK ini antara Azizah dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi," katanya.

Sebelum ini sebuah akhbar tabloid antarabangsa, Daily Mail melaporkan, kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO)  ke Beijing, Kapten Zaharie turut hadir ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Semalam, pimpinan PKR mengakui Kapten Zaharie Ahmad Shah hanya ahli PKR namun menolak spekulasi yang beliau terlibat dalam konspirasi rampasan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan, kehilangan pesawat ini tidak ada kena mengena dengan PKR dan tuduhan ini tidak relevan.