Dalam isu #MH370 ini, pertamanya, semuanya nak cepat dan ramai ingat cari sebuah kapal terbang di sebuah laut luas itu satu perkara mudah. Dilemma juga mereka yang bertanggungjawab dalam mengumumkan informasi terkini. Lihat muka mereka sahaja sudah nampak tekanan yang mereka rasai. Jika mereka beritahu sahaja apa yg mereka rasa, nanti jika ada kesilapan ORANG AKAN SAMAN mereka. Jika mereka hanya menapis informasi yang benar-benar telah disahkan dan mengambil masa, orang panggil mereka lembab pula.
Kedua, ramai yang nak tunjuk pandai. Semalam sahaja, ada ramai ahli politik segera, Ustaz & ustazah FB, Pakar penerbangan FB, Penyiasat FB yang dilahirkan. Mereka mengeluarkan kenyataan yang "macam bagus" sahaja. Itulah masalahnya bila orang bodoh berlagak pandai akan ternampak kebodohannya. Jika pandai…tak perlu tunjuk pandai kerana jika orang pandai buat bodoh sekalipun, tetap orang nampak kepandaiannya.
Yang ketiga, dah mula marah-marah. Yang bukan ada keluarga dalam pesawat tu patutnya meredhakan kemarahan keluarga dan rakan terdekat mereka yang berada dalam MH370 bukan menyiram minyak ke dalam api yang marak.
Isu Scorpene tidak digunakan dalam misi SAR pun jadi bahan politik. Bagaimanakah kereta lumba yang dibeli boleh digunakan untuk membajak sawah? Cuba fikir di situ.
Sebagai warga yang prihatin…kita berdoa dan serahkan kepercayaan kepada pihak yang BEKERJA dan bukan pihak yang BERKATA. Ada satu jenis kata-kata yang sangat berguna pada ketika ini…dan kata-kata itu ialah DOA.

Berikut adalah contoh PERKARA BILA BODOH TAPI BUAT-BUAT PANDAI HAKIKAT PERLU DIELAKKAN :