Fotofit Pemegang Pasport Curi Didedah #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu merupakan lelaki warga Iran berusia 19 tahun.

Katanya, pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu berkenaan.