Pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini hadir ke perasmian mesyuarat pertama penggal Parlimen ke-13 Dewan Rakyat tanpa memakai pakaian rasmi Ahli Parlimen. Sebaliknya mereka hadir dengan hanya memakai suit hitam seperti hari persidangan biasa.
Tindakan kesemua wakil rakyat PKR, DAP dan PAS itu adalah sebagai tanda protes mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.
Kehadiran DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung tidak bermakna buat mereka. Mandat dan penghormatan yang Rakyat Malaysia berikan sebagai Ahli Parlimen tidak diperdulikan. Mereka hanya perdulikan, jatuh bangun seorang insan iaitu Anwar Ibrahim, yang hari ini ke parlimen dengan bersongkok tinggi
Kalau hendak protes baik tidak payah hadir terus...!!!