'Langkah Kajang' : Rakyat Perlu Bangkit 'Terajang Pembangkang' di #PRKKajang #TolakAnwarIbrahimSekeluarga


Rakyat perlu bangkit memberi 'pengajaran' sewajarnya kepada pembangkang yang secara berterusan mempersendakan sistem demokrasi di negara ini apabila dengan sengaja mewujudkan pilihan raya kecil tanpa sebab munasabah.

Ironinya, demi menarik perhatian rakyat, pembangkang sanggup adakan pilihanraya ini. Rakyat harus bangkit menghukum tindakan pembangkang itu kerana menjadikan pilihan raya sebagai medan meraih simpati dan mengukuhkan kedudukan politik.

Sebelum ini pemimpin pembangkang mendabik dada dengan bangganya mengadakan 'langkah Kajang' yang melalui wakil rakyat mereka yang diminta untuk mengosongkan kerusi tanpa sebab.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac ini juga dibuat selepas wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusinnya tanpa sebab.

Pada PRK ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR)