Sungguh biadap tindakan Cina 'Red Bean Army (RBA)' yang mempertikaikan program Selawat Perdana - Malam Cinta Allah & Rasul 1435H yang akan diadakan di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. Cina-Cina RBA ini menghina umat-umat Islam dengan menyamaratakan program berkenaan untuk mengaut keuntungan duniawi semata-mata. Malah mereka turut menghina dua pendakwah Islam terkenal kelahiran Indonesia bermata duitan.
Ini program Umat Islam. Bangsa lain tidak ada hak untuk mempertikaikannya. Apatah lagi berlaku biadap untuk menghina. Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013. Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.
Program seperti ini perlu diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW. RBA amat takut dengan program seperti ini kerana melalui program seperti ini Umat Islam akan bersatu. Ini semua dapat mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.