Pencalonan Wan Azizah Wan Ismail hanya merupakan 'umpan' oleh suaminya, Anwar Ibrahim bagi menagih simpati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.
MASYARAKAT UMUM HANYA NAMPAK Tindakan terdesak dengan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon DUN Kajang dibuat setelah Anwar hilang kelayakan untuk bertanding apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Namun strategi POLITIK TAGIH SIMPATI Anwar bukanlah drama baru yang mencerminkan kononnya Anwar menjadi mangsa politik selepas apa yang pernah berlaku di Permatang Pauh sebelum ini. Adakah 5 tahun lagi Kak Wan akan berundur lagi khas buat suaminya?
DISEBALIK DRAMA KAJANG, tindakan mencalonkan isteri Anwar sebenarnya telah mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemimpin PKR Selangor terutamanya Kumpulan Zuraidah kerana masih ada di kalangan mereka lebih berkelayakan daripada Wan Azizah.
Sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution disebut-sebut sebagai calon PKR di DUN Kajang menggantikan Anwar. Nama seperti Rafizi Ramli juga turut disebut, namun PAS menentang pencalonan tersebut. Adakah Anwar Ibrahim tidak mempercayai mereka?
Pemilihan presiden yang boleh diungkapkan sebagai boneka PKR itu juga hanya bertujuan mengukuhkan penguasaan keluarga Anwar dalam politik yang sebelum ini anaknya, Nurul Izzaah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Selain itu juga, PRK Kajang boleh disimpulkan sebagai jalan kepada PKR atau parti anak-beranak, meneruskan perjuangan agenda peribadi Anwar Ibrahim.
UNTUK REKOD PRK DUN Kajang merupakan proses pemilihan semula wakil rakyat yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada penduduk setempat setelah wakil rakyat sebelum ini mengkhianati mandat pengundi.