#PertahankanKalimahAllah : Ribuan Umat #IslamBersatu diPutrajaya #MalaysiaNews




PUTRAJAYA -- Ribuan umat Islam dari seluruh negara berkumpul di luar Istana Kehakiman di sini pada Rabu bagi memberi sokongan dalam mengekalkan hak penggunaan eksklusif kalimah Allah terhadap umat Islam sahaja.
 

Antara kumpulan yang berkumpul terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perkasa, Isma, Jalur Tiga, Persatuan Mukabuku dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Petiga).


Presiden Petiga cawangan Putrajaya Mohd Rosli Ani berkata, pihaknya berharap mendapat keputusan yang terbaik untuk umat Islam.
 

"Sekarang kita boleh membezakan penggunaan kalimah Allah oleh orang Islam dan Kristian tetapi pada masa akan datang, kita tidak boleh yakin bahawa generasi muda akan faham dengan perbezaan ini," katanya.

Peguam yang mewakili Mingguan Herald pula berharap mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan yang mengharamkan pihaknya menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.