'Tahiniah' : Utusan Sarawak Akui Kesilapan typo error #MalaysiaNews


Akhbar harian berbahasa Melayu yang berpangkalan di Sarawak, Utusan Sarawak menjelaskan bahawa kesilapan ejaan dalam mesej tahniah kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas pelantikannya sebagai Yang Dipertua Negeri adalah tidak lebih daripada kesilapan dalam proses menaip (typo error).

"Tiada apa yang luar biasa mengenainya selain daripada kesilapan tipografi yang tidak disengajakan," tegas perunding editorialnya, William Chan.

"Ia adalah satu kesilapan biasa manusia tanpa mempunyai agenda tersembunyi atau apa-apa sekali pun," katanya.

William berkata beliau terkejut melihat perkara itu 'diperbesarkan' dan bertukar menjadi seperti 'isu nasional'.

Untuk Rekod, Ketua Menteri Pulau Pinang, LGE juga pernah melakukan kesilapan yang sama dengan alasan salah taip ketika mempertahankan kenaikan kos projek mega kerajaan negeri.