Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Jesus tokoh utama agama Kristian adalah individu yang sama dengan nabi dalam kepercayaan Islam iaitu Isa alaihissalam.
Menurut kepercayaan Islam, Isa alaihissalam adalah salah seorang nabi yang dibangkitkan sebelum munculnya nabi dan Rasul terakhir Muhamad SAW.
“Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa,” katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang, 3 Mac.
Anwar berkata demikian ketika mempertahankan kehadirannya ke gereja pada pertengahan Februari lalu yang dikritik oleh sesetengah umat Islam di negara ini.
“Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit,” kata Anwar dilaporkan The Malaysian Insider yang bertajuk “Saya ke gereja doakan Nabi Isa, kata Anwar.”
Ini bukan merupakan kali pertama, Anwar membuat kenyataan bahawa Jesus adalah Isa alaihissalam.
Pada tahun 2009, ketika Anwar berucap dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia, beliau turut membuat kenyataan yang sama.
“Saya dilahirkan muslim. Saya percaya terhadap Islam..Apabila anda merujuk kepada (Nabi) Musa..Mosses atau (Nabi) Isa..Jesus.
“Saya tidak angkuh..saya selalu mengangungkan (Nabi) Isa AS..semoga dirahmati dan dicucuri ke atasnya.
“Kita (Muslim) tidak memanggil Jesus, tetapi Nabi Isa AS,” katanya.
http://www.anwaraidc.com/