#MH370 : ORANG MALAYSIA SIBUK KRITIK USAHA KERAJAAN DAN HISHAMMUDDIN : NAMUN SI CILIK DARI PERANCIS SEBALIKNYA


PEMINAT CILIK HISHAMMUDDIN PUJI USAHA MALAYSIA TANGANI ISU PESAWAT MH370 | Insiden kehilangan pesawat MH370 menjadikan Malaysia menjadi tumpuan dunia. Personaliti paling menonjol sepanjang 23 hari ini sudah tentunya Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein termasuk turut mencuri tumpuan peminat ciliknya dari Perancis.

Jika sebelum ini Hishamuddin menerima sepucuk surat dari peminat ciliknya dari Perancis, hari ini beliau berkesempatan untuk membalasnya.

Hishamuddin merakamkan penghargaan kepada Victor Lopez, di atas penghargaannya memuji usaha Malaysia menangani insiden kehilangan pesawat MH370.

Hishamuddin turut sempat memesan agar Victor rajin belajar dan jika ada peluang, bolehlah Victor meluangkan masa melawat Malaysia. 


Victor Lopez pada 8 Mac lalu telah menulis sepucuk surat kepada Hishammuddin kerana mengkagumi personaliti dan tindakan beliau.


Budak kecil ini pun memuji usaha Malaysia menangani insiden MH370, tetapi segelintir orang kita sendiri?

Peh...

Post a Comment