Pesawat #MH192 telah membuat ‘air turn back’ berpatah balik ke KLIA PAGI TADI!!



Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.09 malam Ahad menuju ke Bangalore, India, telah membuat ‘air turn back’ berpatah balik ke KLIA.

Difahamkan MH192 mengalami masalah dengan peralatan pendaratan (landing gear) apabila tayarnya dikatakan meletup ketika  berlepas.

Sehubungan itu pesawat jenis Boeing 737-800 itu dikatakan sedang berlegar di ruang udara Selat Melaka bagi mengurangkan bekalan bahan bakarnya sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.

MH192 Fligt RadarMAS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 1.35 pagi Isnin mengesahkan penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam menuju ke Bangalore telah membuat pusingan udara ke arah Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan MAS itu, peralatan pendaratan di bahagian kanan pesawat berkenaan didapati tidak berfungsi ketika berlepas dan ia dijangka membuat pendaratan cemas di KLIA pada kira-kira jam 2.00 pagi, hari ini (Isnin).

Penerbangan MH192 yang beroperasi menggunakan pesawat Boieng 737-800, dijadualkan tiba di Bangalore pada 11.35 malam hari yang sama (Ahad).

Penerbangan itu membawa seramai 166 orang, terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.

Malaysia Airlines dengan kerjasama Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) kini bersedia menunggu pendaratan cemas dilakukan.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan maklumat terkini berhubung situasi MH192.

Inilah wajah juruterbang MH192 yang telah berjaya menyelamatkan 159 orang penumpang dan 7 orang anak kapal. Beliau telah mendarat dengan selamat di KLIA. Tahniah!

Post a Comment