Kerana Nak Spin Burukkan PANDA : PAS Tetiba Baru Terfikir Nak Bina Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat?

Panda punya pasal, penjilat tegar Pakatan Rakyat mula meroyan kononnya kos boleh bina 2000 rumah kos rendah. Ironinnya berapa banyak rumah kos rendah yang telag dibina oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-nergi yang mereka terajui? Bunyi macam kelakar, tapi itu hakikatnya apabila PAS bersuara. Di Kelantan, boleh bagi aku satu rumah kos rendah yang dibina kerajaan PAS?

Tidak cukup dengan itu, pencacai- pencacai maya memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat tentang impak kehadiran dua ekor panda ke Malaysia, portal rasmi PAS, Harakah turut mengeluarkan artikel di bawah untuk menambahkan perencah;

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/28065-belanja-panda-boleh-bina-2000-rumah-kos-rendah

Setakat itu sahajakah kualiti yang harus dimiliki untuk menjadi pemimpin di dalam parti PAS?

Jom Tengok situasi sebenar yang berhubung kehadiran panda tersebut ke negara ini.

FAKTA TENTANG PANDA
Tahukah anda :
Panda di National Zoo Washington DC di sewa
RM 3.3 juta setahun iaitu RM 33 juta utk 10
tahun. Tetapi untung bersih dari penjualan
barangan cenderahati panda SAHAJA adalah
RM 3.85 juta setahun..  
------ 
Tahukah anda :
Panda di Zoo Toronto menyumbangkan kepada
10% peningkatan keahlian Zoo dan
pertambahan 300 ribu Pengunjung setahun.
Ini memberi pulangan RM 10 juta setahun..

------- 
Tahukah Anda :
Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket
melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan
panda. Jumlah pendapatan adalah triple dari
27 juta kepada RM 81 juta setahun. 
----- 
Tahukah anda:
Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China
selama 12 Tahun untuk dapatkan panda dan
Zoo San Diego kena belanja RM 16 juta bagi
kempen dapatkan panda. 
Malaysia? Tak perlu melobi.. Tak perlu
berkempen. China tawarkan atas menghargai
40 tahun persahabatan Malaysia dan China.

Mungkin ada yang tidak mahu mengambil kira fakta di atas, admin kongsikan pula maklumat di bawah dan lakukan pengiraan sendiri sekiranya tidak meyakini fakta angka yang bakal admin kongsikan.

Kalau malas membaca dan masih menganggap menerima Panda tersebut merupakan satu pembaziran, ini fakta panda yg mudah difahami :


Nama : feng yi (betina) fu wa (jantan)

Usia : 8 tahun

Tempoh pinjaman : 10 tahun sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik                                         malaysia-china (panda simbol diplomasi)

Tempoh kuarantin : sebulan sebelum dipertonton kepada umum

Tiket : RM20 utk dewasa dan RM10 utk kanak2

Kapasiti pelawat : 3,000 org sehari

Waktu tontonan : 9am-5pm

Tempat tinggal : zoo negara

Anggaran pdptn zoo negara + panda sehari: RM 90,000

Sekarang cuba darabkan RM 90,000.00 dengan 30 hari (sebulan), berapa agaknya jumlahnya? Bukankah RM 2.7juta?

Jika mahu dipertikaikan dana RM 7juta yang diperuntukkan setahun untuk panda tersebut, cuba darabkan pula jumlah kutipan setiap bulan dengan 12, kita boleh lihat berapa keuntungan yang diperolehi disebalik segala pembaziran seperti yang didakwa.

Post a Comment