Melayu 50sen : Dyana Sofea BAKAL TINGGALKAN DAP SEJURUS MENANG #PRKTelukIntan ?


Dalam usaha untuk memperbaiki imejnya sebagai parti paling rasis, DAP mencalonkan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofea Mohd. Daud, 27, sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Antara sebab beliau dicalonkan kononnya mahu menonjolkan prinsip DAP yang berbilang kaum. 

Awang hanya senyum. Langkah tersebut tidak akan dapat membersihkan imej parti itu yang sudah tebal dengan semangat perkauman. Strategi DAP sejak dulu sama, mempergunakan Melayu untuk mengaburi mata rakyat seolah-olah ia parti pelbagai kaum. Sedangkan hakikatnya DAP memperjuangkan agenda total untuk satu kaum. 

Salah satu buktinya, puluhan pemimpin dan aktivis Melayu telah meninggalkan DAP kerana menyedari terpedaya dengan muslihat parti itu yang sebenarnya amat memudaratkan agama dan bangsa. Nama-nama seperti Tunku Abdul Aziz, Ahmad Ton, A. Rahman Manap dan Mohamed Razali serta ramai lagi mempunyai 1,001 cerita tentang DAP. Rahman pernah merayu agar Melayu tidak tertipu, sementara Mohamed Razali memohon maaf kepada orang Melayu setelah membuat pendedahan satu ‘peristiwa bahaya’ anjuran DAP. 

Seorang lagi pemimpin Melayu dalam DAP, Zulkifli Mohd. Noor menyifatkan penyertaan Melayu dalam parti itu hanya bernilai 50 sen. Seperti bekas ahli-ahli DAP Melayu lain, Awang percaya suatu hari nanti Dyana Sofea akan meninggalkan parti dengan dipukul rasa penyelesalan. Biarlah saat ini dia dilambung-lambung oleh DAP sebelum terhempas ke lumpur yang ketika itu nanti sudah tiada harganya.

Post a Comment