#PRKBukitGelugor Kawasan Kaki Judi? PAS Gagal Tarbiah Karpal Singh?



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan Ops Cantas Khas bagi membendung kegiatan perjudian semasa Pilihan Raya Kecil ( PRK) Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pasukan tersebut ditubuhkan untuk memastikan PRK kali ini berjalan lancar tanpa dicemari sebarang kegiatan jenayah.

"Kita mempunyai bilangan anggota yang mencukupi untuk memantau hari pengundian nanti.

"Kita juga mahu semua pihak mematuhi undang-undang bagi menjamin kelancaran PRK kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di Jalan Penang di sini pada Sabtu selepas mendengar taklimat persediaan menghadapi PRK Bukit Gelugor yang disampaikan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima lapan laporan kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya sejak hari penamaan calon sehingga hari ini ( Sabtu).

Jelasnya, daripada lapan laporan itu, dua kertas siasatan telah dibuka dan kesemua kesalahan disiasat di bawah Seksyen 24 A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Dua kertas siasatan itu membabitkan tindakan DAP yang menggunakan gendang semasa hari penamaan calon dan laporan dakwaan penggunaan perkataan rasis oleh seorang calon bertanding," katanya.

Abdul Rahim berkata, laporan mengenai calon berkempen tanpa mendapat permit polis turut diterima.

"Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku setakat ini. Kita harap situasi yang terkawal ini akan kekal sehingga hari mengundi Ahad depan," katanya.

Post a Comment