#PRKBukitGelugor Abu Backer Dakwa Kempennya Disabotaj Pula!!

 Kurang 12 jam lagi tempoh berkempen bakal ditamatkan, calon Bebas kontroversi, Abu Backer Sidek Mohamad Zan tampil dengan dakwaan usahanya untuk memikat pengundi pada saat akhir telah disabotaj.

Beliau mendakwa, kempen di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, yang dijadualkan pukul 8 pagi Sabtu terhalang apabila karavannya tidak dapat bergerak, sistem pembesar suara tidak dapat berfungsi dan beberapa pemandu teksi memboikot kempennya.

"Saya suruh mekanik baiki karavan itu tapi masih tidak boleh bergerak. Saya pelik, macam ada sesuatu yang tak kena."Lepas itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) nak tunda karavan saya. Mereka kata karavan saya diletakkan di tepi jalan tapi tak jadi pula," katanya kepada pemberita di sebuah hotel di sini, Sabtu.

Bukan itu saja, beliau mendakwa peti keselamatan yang digunakan sebagai tempat simpanan duit untuk kempen di bilik hotelnya tidak dapat dibuka."Apabila nak bayar sewa teksi yang digunakan pada Jumaat, tiba-tiba peti keselamatan itu tak boleh buka. Lepas berjam-jam baru boleh buka."Semalam satu hari suntuk tak ada di hotel. Saya pelik mengapa tak boleh buka. Jadi pemandu teksi pun mengamuk tak mahu ikut saya pergi kempen," katanya.

Peguam berusia 46 tahun itu mengesyaki  perbuatan tersebut didalangi oleh DAP selepas beliau diberi amaran semasa memberikan ceramah di Air Itam pada Jumaat."Saya tahu ini sebahagian daripada permainan politik DAP. Saya ahli politik boleh baca semua ini," katanya.

Abu Backer mendedahkan beliau turut membelanjakan RM300 untuk sebuah teksi yang disewanya sepanjang tempoh berkempen."Saya setuju bayar kadar itu kerana mereka tak mahu pakai meter. Semalam saja saya sewa 18 teksi dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

"Saya rasa perbelanjaan kempen saya yang paling kecil jika dibandingkan dengan parti lain. Saya takkan merasuah," katanya.Ketika ditanya sama ada sudah bersedia untuk menghadapi kekalahan pada hari penentuan esok (Ahad), Abu Backer berkata," Saya tidak kisah (kalah) tapi kalau menang lagi bagus."

Post a Comment