#PRKBukitGelugor Ahli PAS Diminta Undi Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux - Ahli Pas kawasan Gerik


Ahli Pas kawasan Gerik, Mohd. Izham, kenyata­an Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke baru-baru ini yang meminta Pas keluar daripada pakatan pembangkang jika mahu meneruskan hudud adalah satu tamparan, namun pemimpin-pemimpin Pas dilihat hanya berdiam diri.

"Kenapa dia sanggup berkata begitu sedangkan ini adalah dasar parti. Adakah sengaja mahu menghina Pas dan menyakiti hati ahli Pas? Kenyataan seperti itu sangat melampau dan tidak boleh dimaafkan kerana datang daripada rakan pakatan parti," tegasnya.

Jesteru dia meminta Semua ahli Pas mengundi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Abd. Sathar pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini untuk memberi pengajaran kepada DAP yang cuba menghalang hasrat Pas dalam melaksanakan hudud di Kelantan.

Ahli Pas kawasan Gerik, Perak, Mohd. Izham Zainuddin berkata, ahli di peringkat akar umbi perlu mengambil peluang ini memandangkan mereka tidak mempunyai suara di peringkat atasan dan hanya mampu melihat pemimpin-pe­mim­pin mereka menjadi kuda tungga­ngan DAP dalam isu tersebut.

Meskipun mengakui sukar untuk menang, Mohd. Izham berkata, sekurang-kurangnya tindakan itu dapat menghantar mesej yang jelas kepada DAP untuk tidak mencampuri dasar dan perjuangan Pas terutama berhubung hukum Islam itu.

"Sebagai seorang ahli biasa, saya hanya mampu bercakap dan berhujah di kedai kopi meskipun hati sendiri terluka dengan tindakan DAP yang berterusan mengkritik dan menghentam Pas setiap kali timbul isu hudud.

"Saya tahu ramai ahli Pas yang marah, jadi inilah masanya untuk bertindak. Berikan undi yang ba­nyak kepada Mohamed Nabi Bux sebagai tanda protes dan untuk menyampaikan hasrat kita kepada pemimpin atasan Pas bahawa kami ahli bawahan mahu hudud dilaksanakan," katanya.



Post a Comment