Merujuk kepada aduan calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar yang menggesa majlis tempatan supaya tidak mengamalkan 'double standard' apabila merampas sepanduknya "Hudud di Pulau Pinang 2020'.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas sepanduk Mohamed Nabi Bux kerana memaparkan lambang negeri Pulau Pinang, yang menyalahi undang-undang, kerana beliau didakwa tidak mendapat sebarang kebenaran untuk menggunakannya.
Calon bebas itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya turut bertindak terhadap sepanduk DAP 'Saya Karpal Singh'.
Mereka sepatutnya menggunakan sepanduk yang berbunyi 'Saya
anak Karpal Singh" kata Mohamed Nabi Bux selepas membuat laporan polis terhadap MPPP yang merampas sepanduknya di di Jalan Pattani semalam.
Calon Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan juga bertanya sama ada wajar bagi DAP menggunakan banner yang memaparkan gambar Karpal dalam kempennya.
Difahamkan SPR sedang mengkaji perkara itu sama ada tindakan itu melangar peraturan pilihan raya.
Dalam pada itu, DAP akan terus menggunakan kain rentang dan poster itu kerana SPR belum memberitahu parti itu sama ada menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.
Post a Comment