#PrkBukitGelugor Calon Bebas, Seorang Peguam Berhadapan 2 Tuduhan Kesalahan Pilihanraya


Pada 5 Mei lepas, Abu Backer Sidek yang juga merupakan seorang peguam dilapor menyebut perkataan 'paria' ketika mengadakan sidang akhbar di Dewan Sri Pinang selepas penamaan calon namun beliau mendakwa perkataan itu merujuk segelintir pihak yang melakukan demonstrasi jalanan, bukan kepada kaum India. 

Polis telah menyerahkan dua kertas siasatan berhubung salah laku Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. 

Jurucakap polis bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor, ACP Azmi Adam, berkata kertas siasatan itu dibuka mengikut Akta Pilihan Raya 1954 bersabit kenyataan berbaur perkauman calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan dan kesalahan penggunaan alat muzik ketika penamaan calon bagi tujuan kempen. 

Susulan kejadian, dua wartawan akhbar berbahasa Tamil membuat laporan polis setelah mendakwa calon bebas berkenaan enggan menarik balik kenyataan yang dianggap menyinggung sensitiviti kaum India itu. 


Post a Comment