#PRKBukitGelugor DAP TETAP BERKEMPEN BURUKKAN BN WALAUPUN BN TIDAK BERTANDING?

 
Tidak adil jika DAP terus serang BN, sedangkan yang bertanding mencabar parti itu adalah PCM dan dua calon bebas” Huan Cheng Guan, Calon PCM

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkempen, DAP tidak henti-henti memburukkan BN dalam ceramah dianjurkan berbanding PCM yang mencabar mereka dalam PRK itu.

“Saya tak faham kenapa mereka terus menyerang MCA dan GERAKAN termasuk UMNO, sedangkan parti itu langsung tidak bertanding dalam PRK ini. Sepatutnya, mereka harus mencari salah saya memandangkan PCM yang meletakkan calon bukan BN.

“Malah, hentikan tohmahan yang mengatakan saya proksi BN. Saya berjuang untuk PCM bagi membantu masyarakat,” katanya pada sidang media di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Nan, di sini, semalam.


Post a Comment