Penasihat undang-undang, Ahmad Soffian Mohd Shariff, 27 mempertikaikan kelayakan calon DAP, Dyana Sofea yang sebelum ini mendakwa dirinya seorang peguam.
Soffian yang mewakili Persatuan Kebajikan Shah Alam berkata, seorang peguam wajib mendaftarkan dirinya dengan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) sebelum diberikan hak untuk mewakili mana-mana individu.
“Saya ada membaca kenyataan Dyana yang mendakwa dia seorang peguam atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai ‘non-practising lawyer’.
“Untuk makluman ‘non-practising lawyer’ bukan pengamal undang-undang atau dalam erti kata lain bukan seorang peguam dan dia mungkin hanya bekerja sebagai pengamal undang-undang sahaja.
“Macama mana nak kata dia peguam, sedangka dia tidak mengamalkan undang-undang? ” katanya ketika dihubungi petang semalam.
Menurutnya yang juga merupakan graduan undang-undang dari UiTM (Universiti Teknologi Mara), secara dasarnya mana-mana firman guaman hanya akan mengambil mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman sahaja, dan sangat tidak masuk akal mereka yang baru sahaja tamat pengajian dan melakukan chambering boleh menjadi seorang rakan kongsi.
“Isu dia mudah, mereka yang tidak berdaftar dengan Bar Council, adalah bukan seorang peguam.
“Sebagai contoh, pensyarah yang mempunyai kelayakan LLB (sarjana muda perundangan) pun tidak dipanggul sebagai seorang peguam.
“Tambahan pula dia (Dyana) hanya bekerja sebagai PA (pembantu peribadi) sahaja dan sejak bila seorang PA dikenali sebagai seorang peguam.
Post a Comment