Beberapa hari ini, calon DAP yang dipilih untuk berentap dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofia mula menerima pelbagai kritikan yang pelbagai dari semua pihak selepas namanya dicalonkan untuk bertanding, berlawan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong.
Diri Dyana mendapat perhatian umum dan rata-ratanya mengagungkan penampilan dirinya yang muda, cantik dan pernah belajar dalam jurusan undang-undang hingga melayakkan dirinya menjadi seorang ‘peguam’.
Tetapi, rupa-paras yang cantik, serta mempunyai sijil pendidikan yang tinggi tidak dapat membuktikan kebolehan diri sendiri sekiranya tidak pernah mempunyai pengalaman membantu rakyat.
Ini dapat dilihat, dalam menjadi pilihan untuk menjadi wakil rakyat dan berkhidmat untuk rakyat di Teluk Intan, Dyana sebenarnya menampakkan posisi yang kabur mengenai matlamat beliau sekiranya memenangi PRK ini.
Ini kerana, dalam setiap ceramah dan perjalanan manifesto PRKnya, tidak banyak Dyana membicarakan janji atau pun sumbangan yang bakal diberikan kepada rakyat.
Ia ternyata berbeza dengan calon BN, Datuk Mah di mana calon ini berjanji memberi perhatian terhadap usaha meningkat taraf sosioekonomi penduduk di kawasan ladang kelapa sawit di Parlimen teluk Intan selain memberikan perhatian kepada keperluan dan permasalahan di 28 Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan tersebut.
Datuk Mah boleh dikatakan sudah terkenal dan rapat dengan rakyat sekitar Teluk Intan. Mengambil kira perjalanan karier politiknya yang pernah menjadi wakil Rakyat di Teluk Intan dari tahun 1999 sehingga 2004, sudah banyak jasa dan bakti yang beliau berikan.Buktinya, selama beliau berkhidmat, usaha yang paling besar Datuk Mah lakukan adalah mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Pusat bagi membina benteng dan tembok menahan hakisan di tebing Sungai Perak yang menelan kos sebanyak RM30 juta.
Ternyata, ia sangat berbeza dengan Dyana di mana tidak banyak membicarakan kemampuan dirinya sekiranya berjaya memenangi kerusi parlimen Teluk Intan. Sejak dari awal lagi namanya tercalon, Dyana terikut dengan budaya parti pembangkang, DAP untuk meracuni pemikiran rakyat membenci pimpinan kerajaan sedia ada.
Dyana lantang memberitahu menolak sistem perlaksaan Hudud yang diperjuangkan oleh parti PAS. Dan sedar akan kesilapannya yang berjanji mengenai Hudud, beliau mengambil pendekatan mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.
PAS pula, terpukul dengan kenyataan Dyana itu hanya mendiamkan diri dan tidak seperti biasa yang lantang bersuara apabila isu Hudud dicuit hatta sedikit pun. Secara tidak langsung, menampakkan PAS seperti telah diberikan amaran oleh DAP agar tidak mencemarkan imej Dyana demi kepentingan pembangkang lebih-lebih lagi buat DAP.
Budaya memburukkan pimpinan kerajaan nampaknya sudah diikuti oleh Dyana yang seterusnya membuatkan dirinya dihina sebagai manusia yang tidak mengenang budi atas sumbangan kerajaan selama beliau melanjutkan pelajaran di UiTM.
Paling tidak masuk akal, Dyana memberitahu dirinya tidak pernah tertarik dengan program yang diadakan oleh pihak UMNO sepanjang beliau belajar di universiti tersebut.Tetapi, pendiriannya untuk menyertai parti DAP terjentik dek kerana pernah menyertai program minum petang bersama pemimpin parti itu membuatkan beliau jatuh hati kepada parti berkenaan.
Nampaknya, Dyana cuba bermain kata-kata dan memberikan alasan yang tidak munasabah dan menyalahkan program-program anjuran UMNO yang bermanfaat buat para pelajar sebagai dinding dirinya tidak dihentam teruk.
Jelas di sini, Dyana sendiri kabur dengan matlamat dirinya yang dilantik untuk menjadi calon DAP dalam PRK Teluk Intan. Jadi, para pengundi perlu bertanya kepada diri sendiri, apa kelebihan dan kemampuan Dyana yang mampu diberikan kepada rakyat di Teluk Intan. Ditakuti, saat ini, Dyana dilihat sebagai calon terhebat yang ditampilkan oleh DAP. Namun, tidak ada ‘hebat’nya selepas PRK selesai.
Post a Comment