Menteri baru dilantik dari MCA, DS Liow Tiong Lai, yang mengetuai
Kementerian Pengangkutan, semalam telah mengeluarkan taringnya di laman
sosial Twitter menghentam SPAD di atas kejadian tanah mendap di
persimpangan Jalan Pudu / Jalan Imbi / Jalan Hang Tuah semalam.
Sayangnya, taring beliau bukanlah taring singa garang, sebaliknya taring
anak kucing yang baru sudah menyusu.
Sebagai seorang Menteri baru, Liow Tiong Lai seharusnya membuat kerja
rumah sebelum beliau mengeluarkan kenyataan bodoh. Tidakkah beliau tahu
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan terletak di bawah
kementerian beliau? Tidakkah Liow Tiong Lai tahu bahawa SPAD terletak di
bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah selian Menteri YB Hajah
Nancy Shukri? Kesian SPAD, umpama orang makan nangka, orang lain yang
kenyang, orang lain yang dapat getahnya.
Liow Tiong Lai seharusnya mentelaah dan menghafal 'handbook' kementeriannya sendiri, ambil tahu tugas-tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Janganlah hendak berlagak, mentang-mentanglah Menteri baru, tidak perlulah sehingga hendak membelasah hal ehwal kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan kementeriannya. Betulkanlah kemennterian sendiri dulu. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang.
Liow Tiong Lai seharusnya mentelaah dan menghafal 'handbook' kementeriannya sendiri, ambil tahu tugas-tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Janganlah hendak berlagak, mentang-mentanglah Menteri baru, tidak perlulah sehingga hendak membelasah hal ehwal kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan kementeriannya. Betulkanlah kemennterian sendiri dulu. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang.
Keduanya, tidakkah Liow Tiong Lai membaca kenyataan media daripada
Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa projek
bawah tanah yang menyebabkan tanah mendap adalah di bawah seliaan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bukankah DBKL sudah mengakui akan
mengambil langkah berjaga-jaga dan membaikpulih kawasan berkenaan? Apa
lagi Liow Tiong Lai mahu?
DS Tengku Adnan berjiwa besar dengan mengakui kesilapan pihaknya,
sedangkan Liow Tiong Lai seperti telur mengata timun tidak pandai duduk,
maksudnya mengata orang lain salah sedangkan diri sendiripun bodoh!
Sebagai seorang Menteri, Liow Tiong Lai sendiri tidak faham / tidak tahu
/ tidak mahu ambil tahu bahawa SPAD di bawah JPM, bawah Hajah Nancy
Shukri yang mana Hajah Nancy Shukri tidak pernah sekalipun membelasah
SPAD secara terbuka.
DS Hishammuddin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan yang
terdahulu, mengendalikan isu pesawat yang hilang, MH370 dengan begitu
baik. Kita harapkan pengganti beliau, Menteri Penuh tidak membuat
kesilapan dengan perkara-perkara kecil yang boleh memalukan kementerian.
http://khairulryezal.blogspot.com/2014/07/
1 comments:
Nice Information thanks for sharing with us. If you have any issue regarding SBCGlobal email please follow these links:
ReplyHow to Fix Cannot Sign into SBCGlobal Email Account
How to unlock the sbcglobal email account locked
Post a Comment