#PRKBalingian: BN Menang, Majoriti Bertambah

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu, dengan majoriti 6,911 undi.
Calonnya Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.
Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Mukah, di sini.
Katanya 146 kertas undi diisytihar rosak.
Undi yang diperoleh Yussibnosh bertambah sebanyak 701 berbanding jumlah undi yang diperoleh Abdul Taib.
Pilihan raya kecil (PRK) DUN Balingian diadakan ekoran perletakan jawatan Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

#PRKBalingian Taib Mahmud letak jawatan ADUN Jumaat ini

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian kosong berkuat kuatkuasa Jumaat ini berikutan peletakan jawatan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Taib berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, lapor BH Online.

Analisis Perbezaan #PRKKajang dan #PRKBalingian #MalaysiaNews #Malaysia


Hari ini aku nak menulis mengenai dua perkara yang bakal dan mungkin berlaku di negara kita. Apa yang bakal berlaku ialah pilihan raya kecil di N25 Kajang pada 23 Mac 2014 nanti yang pastinya menyaksikan Bang Nuar bertanding sebagai calon pakatan …. dan yang mungkin berlaku ialah samada N51 Balingian juga akan menyaksikan pilihan raya kecil selepas perletakkan jawatan oleh YAB Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-empat. Sehingga kini hanya spekulasi dan khabar angin yang tersebar..ada kemungkinan pilihan raya kecil berlaku jika Pehin Sri Taib turut meletak jawatan sebagai ADUN N.51 Balingian untuk menerima perlantikkan sebagai TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak. Kemungkinan itu hanya terjawab selepas 28 Februari nanti. Pun begitu khabar angin yang tersebar sudah pun menyenaraikan beberapa calon yang bakal diketengahkan jika perkara itu berlaku.

Apa bezanya PRK N25 Kajang dan N51 Balingian (jika PRK diadakan) ? Walau pun kedua-dua kawasan akan tiba-tiba menjadi meriah dengan kedatangan pelbagai rupa individu yang bertandang dengan pelbagai tujuan.. terdapat sedikit perbezaan kenapa ianya berlaku. Pastinya kehadiran ramai pengunjung yang tidak dikenali di kedua-dua kawasan tersebut akan memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga dan peruncit-peruncit. Sate Kajang yang popular akan meningkat permintaan nya di musim kemeriahan pilihan raya ..dan berharap harganya tak dinaikkan.. manakala Mukah..sebuah bandar tepi laut yang popular dengan makanan tradisi masyarakat Melanau, iaitu Umai … pasti mendapat permintaan yang tinggi..jenohlah pembuat Umai di Mukah memenuhi permintaan pelanggan..apa pun haraplah harga Umai tidak dinaikkan juga…. dan amat berharap peniaga-peniaga dan peruncit di kedua-dua Bandar yang amat berbeza dari segi komposisi kaum ini tidak menaikkan harga makanan, minuman dan juga barangan keperluan harian..walaupun pasti setiap hotel, rumah tumpangan dan hotel bajet dipenuhi oleh ahli-ahli parti dan juga penyokong parti-parti yang bakal bertanding.

Aku kata tadi sedikit perbezaan…tapi aku tulis pasal persamaan yang bakal dan mungkin berlaku di kedua-dua bandar..satu di negeri Selangor dan satu lagi di negeri Sarawak. Perbezaan pertama ialah pengundi di N25 Kajang jauh lebih besar daripada pengundi di N51 Balingian, iaitu melebihi hampir 20 ribu … dan perbezaan paling ketara ialah komposisi kaum..yakni N51 Balingian di kuasai oleh majoriti masyarakat Melanau sebanyak 71 peratus, manakala kaum Iban 18 peratus, kaum Cina 10 peratus dan lain-lain hanya 1 peratus.  N25 Kajang pula terdiri daripada Melayu 48 peratus, kaum Cina 40 peratus dan India 10 peratus dan lain-lain 2 peratus. Secara teori atas kertas amat jelas BN pasti beroleh kemenangan di N51 Balingian , berdasarkan sejarah kecenderungan pengundi beberapa pilihan raya lalu berbanding di N25 Kajang yang menyaksikan BN tewas kepada PKR sejak pilihan raya umum 2008 lalu. Di N51 Balingian dalan PRN ke-11, calon PKR yang bertanding Suriati Abdullah hanya mampu mendapat 871 undi dan hilang wang pertaruhan manakala Lee Chin Cheh      yang bertanding atas tiket PKR menang bergaya di N25 Kajang dengan undi sebanyak 19,571 berbanding BN yang hanya mampu meraih sebanyak 12,747. Jika dilihat pada faktor ini, mampu kah PKR atau mana-mana rakan pakatan di Sarawak menguji sekali lagi pengaruh mereka di N51 Balingian menentang calon BN, jika ada PRK nanti ? Manakala di N25 Kajang pula, mampukah BN ‘mengkebumikan’ karier Bang Nuar yang sudah meleleh air liurnya untuk menjadi MB Selangor hingga tak sabar-sabar berkempen walaupun tarikh penamaan calon hanya 11 Mac nanti.

Perbezaan ketiga ialah cara berlakunya pilihan raya negeri di kedua-dua kawasan tersebut, dimana di atas rasa kasih..dan rasa sayangnya Lee Chin Cheh terhadap ketuanya, Bang Nuar, beliau dengan rela hati mengundur diri meletak jawatan, supaya ketua nya Bang Nuar boleh bertanding di N25 Kajang, dengan harapan jika menang nanti, akan dilantik sebagai YAB Menteri Besar Selangor ..dan seterusnya mendamaikan puak-puak yang bertelagah dalam parti..Maka sebab itulah Bang Nuar disifatkan oleh Azmin Ali sebagai pemimpin berkelas dunia..malah di kelaskan sebagai setaraf dengan mendiang Nelson Mandela. Manakala di N51 Balingian pula (jika berlaku PRK), ianya disebabkan Pehin Sri Taib, menunaikan janjinya untuk berundur dan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak di pertengahan penggal… dan belum pasti lagi akan meletak jawatan sebagai ADUN N51 Balingian. Hanya satu kemungkinan, jika berlaku ialah disebabkan beliau tidak boleh menjadi ADUN N51 Balingian pada yang sama seandainya beliau dilantik sebagai TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak. Justeru beliau perlu meletak jawatan sebagai ADUN dan ini akan memberi laluan kepada pilihan raya kecil di N51 Balingian..pun begitu ianya tertakluk kepada peraturan SPR dan juga persetujuan YAB Ketua Menteri Sarawak yang baru ..

Aku setuju dengan pandangan ramai bahawa kedua-dua PRK tersebut akan banyak mengalirkan wang ringgit dari segi pengurusan pilihan raya cuma aku tak setuju dengan cara sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas sistem demokrasi kita. Aku juga bersetuju bahawa SPR perlu membuat satu garis panduan dan juga ketetapan bahawa seseorang ADUN tidak boleh meletakkan jawatan mereka sesuka hati untuk memberi laluan kepada rakan atau ketua mereka bertanding tanpa ada alasan kukuh seperti masalah kesihatan (ada pengesahan doctor), terbatal akibat kesalahan jenayah atau di isytihar bangkrap yang tidak melayakkan mereka memegang jawatan sebagai ahli Yang berhormat. Kalau meninggal itu..memang sah la perlu pengganti.. .dengan adanya undang-undang tersebut..tidak lah sistem demokrasi kita ini sentiasa dicabul oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan… sudah banyak kali berlaku … tak kan tak ambik iktibar..

tehOkosong

#PRKKajang dan #PRKDunBalingian Diadakan Serentak - SPR

Pilihan raya kecil DUN Kajang dan Balingian boleh diadakan pada masa yang sama, iaitu pada 23 Mac jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN di Sarawak tidak lama lagi, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata suruhanjaya itu tidak mempunyai masalah mengadakan beberapa pilihan raya kecil secara serentak dan pernah melakukannya pada masa lalu.
Walau bagaimanapun, SPR tidak dapat membuat persiapan penuh untuk mengadakan pemilihan di Balingian tanpa pemakluman, katanya.
Satu pilihan raya kecil bagi kerusi negeri Balingian akan berlaku berikutan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuatkuasa 28 Februari.
Beliau bersedia untuk mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negri, yang bermaksud beliau telah melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) untuk menjadi ketua negeri yang baru.
Bagi kerusi DUN Kajang di Selangor, ia kosong berikutan peletakan jawatan wakil PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac manakala hari pengundian akan diadakan pada 23 Mac.
SPR telah menjalankan pilihan raya kecil secara serentak sebelum ini.
Tiga pilihan raya kecil diadakan serentak pada 7 April 2009 untuk kerusi DUN Bukit Selambau kerusi di Kedah, kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi negeri Batang Ai di Sarawak.
Pada 4 November 2010, pengundian telah diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN Galas di Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah.
Aziz berkata pilihan raya serentak bagi Kajang dan Balingian yang boleh dilakukan.
"Tetapi buat masa sekarang, setakat yang saya tahu, tidak disebutkan bila beliau (Taib) adalah melepaskan jawatan sebagai Adun Balingian, jadi saya rasa kita perlu menunggu pengumuman itu," tambah Aziz.
Walau bagaimanapun, beliau berkata pejabat SPR di Kuching telah diarahkan untuk membuat 'persediaan pentadbiran', termasuk mengemaskini daftar pemilih dan menyenaraikan keperluan pilihan raya.
Aziz berkata, tidak seperti pilihan raya Kajang, suruhanjaya itu tidak akan memerlukan terlalu banyak masa untuk membuat persediaan untuk pilihan raya di Balingian memandangkan "kita sedar ia akan berlaku".
"Walaupun tidak dimaklumkan secara rasmi mengenainya, kita tahu pilihan raya kecil perlu diadakan berikutan perkembangan politik di Sarawak.
"Ini tidak seperti di Kajang yang benar-benar membuatkan kami terkejut.
"Pejabat kami di seluruh negara membuat pemantau terhadap wakil rakyat dan kami tidak mengetahui mengenai mana-mana Yang Berhormat yang sakit atau mereka yang berada dalam keadaan yang memerlukan mereka untuk meletak jawatan," katanya.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Kajang.
"Saya seorang ahli PAS dan PAS telah pun membuat keputusan untuk menyokong calon PKR di Kajang.
"Adalah menjadi kewajipan saya untuk turun padang (untuk membantu )," katanya kepada The Star, Khamis.

#PRKDunBalingian : Taib Mahmud Umum Kosongkan Kerusi


Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang disandangnya berikutan peletakan jawatannya hujung bulan ini,katanya pada sidang media sebentar tadi.

Abdul Taib memegang jawatan tertinggi di negeri ini sejak 33 tahun lalu adalah pemimipn kerajaan yang berkhidmat paling lama di negara ini.

Untuk rekod, Taib Mahmud sah letak jawatan berkuatkuatkuasa 28 Feb ini dan Tan Sri Adenan Satem pengganti sebagai pengganti mulai 1 Mac ini sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-5.