Ulama PAS merancau lagi?


Ayah Pin dicap sebagai sesat. Habis kenapa UMNO tak sesat? Kedua-duanya sama tak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya. UMNO kenapa tak sesat? Tolak Islam, ambil fahaman kebangsaan. Rancau si Nik Aziz di Manek Urai.

Yang
anakmuda pelik, adakah UMNO parti Islam? Atau PAS yang Parti Islam? Apakah parti yang menggelarkan diri Islam sanggup mengkhafirkan sesama Islam? Apakah Islam mengajar kita berpolitik dengan memecah belahkan bangsa Melayu sendiri? Apakah Islam mengajar kita menanam sifat benci kepada pemimpin negara sendiri?

PAS sebagai parti Islam kena sedar. Ini Malaysia, bukan Jepun mahupun Thailand. Kita sebuah negara berbilang bangsa, agama dan budaya. Bezanya Malaysia dengan negara lain ialah, kalu bertukar pucuk pimpinan pun takpa, masih bangsa yang sama memerintah. Malaysia, kalu bertukar pucuk pimpinan kepada bangsa lain, maka runtuhla dimana bangsa melayu ketika itu? Sedarla Melayu, kita hanya ada kuasa politik saja dalam Malaysia ni. Kalu kuasa politik kita pun hancur akibat kita berpecah belah, tiada lagi hak keistimewaan orang melayu, masa itu dah terlambat.

Kita celik mata, Malaysia dah merdeka. Tapi sedar tak apa punca kita mencapai kemerdekaan? BERSATULAH MELAYU, DEMI MALAYSIA TERCINTA.

Post a Comment