Analisis KEKALAHAN PAS dgn MAJORITI 5 RIBU 4 RATUS 3 PULUH 5

Rasanya semua dah tau yang Parti Isle telah tenggelam di dalam lautan Port Dickson dengan majoriti yang agak menghakis keangkuhan PAKATAN RAKYAT dan juga terutama sekali PAS.Anakmuda yang berada di Bagan Pinang selama 2 minggu bagi membawakan laporan yang telus dan jitu perjuangan PAS sebenar ingin mengeluarkan analisis punca KEKALAHAN BESAR PAS di Bagan Pinang.

1 - Faktor Parti Isle (PAS) sendiri.

Seperti yang kita tahu, DAPig, PAS dan PKR telah bergabung di bawah satu gagasan PAKATAN RAKYAT yang kononnya membawa suara dan hati rakyat yang marahkan kerajaan. Semua yang kerajaan buat adalah salah di mata mereka. Dengan kemegahan kemenangan Pakatan Rakyat sebelum ini membutakan PAS yang makin angkuh. PAS lupa yang rakyat ada kuasa untuk memilih, memikir dan menterjemah sendiri segala tomahan PAS terhadap kerajaan. Rakyat kini bukanya bodoh untuk digula-gulakan PAS dengan TAKBIR kononnya PArti Isle.PAS juga lupa, cakap Perjuangan Islam tapi apa sumbangan PAS sebenar terhadap rakyat yang menterjemahkan bahawa PAS ialah Parti Isle.



2 - Faktor Penyokong Parti Isle (PAS) Sendiri
Tinjauan anakmuda sepanjang berlangsungnya Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang menunjukkan yang Penyokong PAS memang betol-betol menghayati perjuangan PAS. Datang dari jauh bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap calon mereka. Tidak kiralah siapa saja calon mereka, mereka akan datang dari segenap pelusuk negara untuk bersama-sama berjuang. Tahniah anakmuda ucapkan. Tapi Penyokong PAS lupa yang tindakan mereka ini mengundang rasa kurang senang penduduk tempatan terutamanya peniaga kecil sekitar Pantai Telok Kemang. Jika dikaji, Peti undi Teluk Kemang merupakan antara peti undi yang tinggi jumlah pengundinya. Di sinilah silap PAS! Bawa penyokong melaut sekitar jalan serta mengejek, mengata, maki hamun, baling botol, bertumbuk, melepak sekitar jalan, mengamuk tak tentu pasal bila lihat penyokong BN membawa bendera dan banyak lagi perangai yang MEMANG MENUNJUKKAN SIAPA SEBENARNYA PAS KEPADA RAKYAT BAGAN PINANG. Baik yang tua berserban, yang muda kononnya gagah serta yang kecil juga dibawa oleh ibubapa yang BODOH dan ANGKUH kononnya mereka boleh menakluki Bagan Pinang.



3 - Faktor Calon Parti Isle (PAS) itu sendiri
anakmuda pernah tulis pasal calon PAS ini. Dengan latar belakang yang agak terpelajar, PAS percaya Zul bakal membawa kemenangan bagi PAS di Bagan Pinang. Dengan itu, Zul yang rekodnya TEWAS sebanyak 3 kali di DUN LENGGENG dipertaruhkan. Anakmuda dah kata, orang Lenggeng pun tidak mahu Zul, Zul ni SOMBONG orangnya. PAS pilih juga. Zul ni Pesuruhjaya PAS, so PAS pilih juga. Si Adun Bukit Kepayang (DAPig) kononnya nak Zul bersamanya di kerusi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, tapi Zul setakat mampu kecundang.Mana dia PAS calon tempatan PAS Bagan Pinang? Ada calon PAS Bagan Pinang, tapi dipilih Zul kerana PAS pun ada POLITIK CANTAS MENCANTAS.

4 - Faktor PAS YANG EKSTREAM!!
PAS yang angkuh banyak mencari salah kerajaan Barisan Nasional. Apa saja yang Kerajaan buat semuanya salah. Dimana pun ceramah, PAS saja betol. Polis tangkap orang Pakatan Rakyat, PAS kata Polis ZALIM. SPRM siasat Pakatan Rakyat, PAS kata SPRM ZALIM. PAS juga menyuarakan banyak fatwa songsang demi keangkuhannya menakluki politik melayu terutamnya Islam. UMNO RASUAH, Sokong UMNO masuk NERAKA, HANCUR BN dan macam-macam lagi merupakan TASBIH di mulut pemimpin PAS dan penyokongnya yang kononnya perjuangan ISLAM. TERIMALAH WAHAI PARTI YANG HANYA BERTOPENGKAN ISLAM.

5 - Faktor RAKYAT
HIDUP! HIDUP! HIDUP RAKYAT adalah laungan PAS. Maka dengan kuasa yang diberikan terhadap rakyat, maka rakyat telah memilih untuk memberikan kekalahan terhadap PAS.

6 - Faktor Blogger PAS YANG TIDAK BOLEH MENERIMA KEKALAHAN PAS (5,435)
Kalau PAS diberi mandat untuk menang, maka Blogger PAS akan memuji Rakyat kononnya telah membuat pilihan yang tepat. Tapi bila kalah, macam biasa TOMAHAN AKAN DIBERIKAN TERHADAP RAKYAT BAGAN PINANG YANG KONONNYA RAKYAT BAGAN PINANG PILIH PERASUAH... anakmuda nak nasihatkan BLOGGER PAS dan Pembangkang!! Jangan ANGKUH SANGAT DENGAN KEMENANGAN DEMI KEMENANGAN. NANTIKAN KEBANGKITAN UMNO BARISAN NASIOANL!! RAKYAT BAGAN PINANG TELAH MEMBUAT PILIHAN. BLOGGER PAS KENA BELAJAR TERIMA KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN LAGI SELEPAS INI..

Post a Comment