Ideologi PR cubaan tanam Melayu di Tanah Melayu!!!



Sedikit demi sedikit melayu dihentam, dipersoalkan seperti di Marhaen. Melayu kini dihimpit dengan kaum minoriti Malaysia untuk menuntut hak kesamarataan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Kononnya rakyat Malaysia semua mestilah berpegang kepada formula sama rata dan sama rasa atau fair and square atau Malaysian Malaysia. Sehinggakan ada melayu yang berjaya diracun, asalkan guna hadis, maka segalanya dikorbankan diatas tuntutan ini. Biarlah kita berjuang untuk memberi kelebihan yang kita ada kepada bangsa lain. Biarlah anak-anak kita nanti dihempap dengan kesengsaraan dek tangan-tangan kita sendiri yang berjuang berdasarkan nafsu politik singkat. Biarlah Hak Melayu, Ketuanan Melayu dimansuhkan, dirobohkan kononnya racist kepada Melayu. Biarlah Malaysia dihakis menjadi sebuah negara Republik. Biarlah raja-raja Melayu yang menjadi payung negara dikianati rakyat yang hanya mahukan hak maereka yang tidak pernah cukup.

Aku sedih melihat bangsa melayu kini sudah sedikit sebanyak berubah ke arah mempercayai dakyah Islam PAS yang secara fikiran warasnya kita tahu bahawa PAS hanya Parti yang berselindung dengan Islam, namun nafsu politik dunianya untuk mendapatkan harta tidak pernah dilupakannya. Melayu kini mula berpecah dengan pelbagai fahaman yang kononnya PAS saja yang Islam, yang mahu laksanakan hudud. Jika benar Islamnya PAS kepada PAS tidak mendoakan latnat DAP yang mempersoalkan pembinaan masjid? Kenapa PM diserang dengan pelbagai doa-doa halal PAS? Kerana royalti minyak? Adakah Islam PAS mengajar supaya bertindak begini? atau nafsu harta dunia yang mengajar PAS supaya bertindak begini?

Aku ada baca penulisan cina yang kini memeluk Islam. Dr. RT. Walaupun beliau berbangsa cina yang telah memeluk Islam, tetapi beliau memahami Malaysia. Malu aku kepada bangsaku melayu yang belajar Islamnya tinggi melangit tetapi masih tercari-cari di mana cahaya kebenaran dan apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan melayu. Apakah politik kini menghalalkan apa sahaja demi mencapai matlamat singkat dunia ini? Sehingga ada yang sanggup menyerang dan menanam isu sebegini bagi merebahkan kaum majoriti yang kita tahu mudah melatah dan berbalah sesama sendiri sedangkan kaum minoroti lebih bijak mendiamkan diri bila berlaku krisis.

Post a Comment