SAH Mukhriz calon BN untuk DUN Kota Siputeh

Pilihanraya Kota Siputeh dilihat medan bagi menentukan pengembalian kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Untuk itu, pemilihan Mukhriz dijangka akan memberikan impak yang besar terhadap Pakatan Rakyat. Ini kerana Mukriz bukan sahaja disegani dek kerana ayahnya Tun, tetapi sifat peribadinya yang bersih dan kepercayaan rakyat yang membawa kepada beliau mewakili Parlimen Jerlun juga dilihat antara faktor pemilihannya.

lima sebab untuk pemilihan Mukhriz sebagai calon BN bagi kerusi tersebut. Antaranya adalah :

Pertama, beliau dikenali di situ. Pejabat Ahli Parlimen Jerlun terletak di Padang Sera, iaitu dalam DUN Kota Siputeh. Soal memperkenalkan calon kepada pengundi menjadi lebih mudah. Terdapat seramai 19,771 pengundi di situ, 91.7% berbangsa Melayu, 0.6% lain-lain (kebanyakan berbangsa Siam) dan 0.2% India.

Kedua, sehingga sekarang Mukhriz tidak mempunyai sebarang rekod rasuah atau tuduhan skandal yang memalukan -- sesuatu yang akan diperhatikan sepanjang pilihanraya kecil. Calon bermasalah akan hanya menjadikan jentera parti seperti menanggung biawak hidup.

Ketiga, DUN Kota Siputeh dulunya adalah sebahagian Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebahagian besar pengundi berusia mempunyai pengalaman dengan Dr Mahathir. Bagi anak-anak muda di situ, sebahagiannya masih melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang dihormati.

Keempat, Mukhriz mempunyai kredibiliti. Pengalaman sebagai Timbalan Menteri dan ahli korporat (sebelum bertanding dalam PRU12 lalu) akan memudahkan pilihan pengundi.

Kelima, jentera Barisan Nasional boleh memposisikan pilihanraya ini sebagai pemilihan "bakal Menteri Besar Kedah" sekiranya ditakdirkan parti itu mengambil semula Kedah dalam PRU13 nanti; sekaligus menjawab persoalan mengenai kepimpinan UMNO negeri.

Bagi pandangan fikiran aku pula, Mukhriz memang terbaik untuk Parlimen terbaik. Bagi pihak aku yang mengenali Mukhriz dek kerana kerap keluar masuk Parlimen dan sering menemui beliau secara personal, Mukhriz memang seorang yang rendah diri dan mudah untuk didekati tidak kiralah untuk berbual atau mengambil gambar bersamanya. Walaupun aku pernah mempersoalkan pencalonan Mukhriz, aku yakin pemilihan ini bagi meneruskan kemenangan BN dan meletakkan PR dalam dilema dalam memutuskan bagi meletakkan calon mereka.

Post a Comment