Menjawab persoalan di Malaysiakini : Apa erti perjanjian jika larang Chin Peng?


Aku ada baca artikel yang ditulis oleh Lee Ban Chen di dalam Malaysiakini yang bertajuk apa erti perjanjian jika larang Chin Peng? Dalam artikel tersebut,bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor secara terbuka mengakui Chin Peng berhak pulang seperti Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara PKM dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989.

Jom kita sorot kembali sejarah PKM sewaktu kegemilangan dengan keegoan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara komunis. Proses rundingan antara PKM dan kerajaan bermula pada tahun 1955. Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan. Maka Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

Kisah PKM tidak ternohtah disitu sahaja. Pada 1985, PKM masih enggan berdamai, walaupun selepas Malaysia mengecap kemerdekaan. PKM berjuang didalam hutan, bunuh ketua polis, belaku peristiwa Bukit Kepong dan puluhan ribu Tentera dan polis yang bertugas ketika itu cedera, kehilangan kaki dan mati dalam mempertahankan negara.

Disember 1985 : Kerajaan yang dianggap zalim oleh pembangkang ini mengemukakan tawaran pengampunan beramai-ramai buat PKM. Namun pengampunan ini bersyarat. Syaratnya sangat mudah seperti 'Jus soli' atau taraf kewarganegaraan yang diberikan terhadap bangsa cina dan india dulu. Yakni dengan hanya mengisi borang, diinterview oleh kerajaan Malaysia, mengangkat sumpah taat setia terhadap Yang diPertuan Agong dan Perlembagaan Malaysia. Dalam proses ini, hanya segelintir PKM yang berminat untuk menerima tawaran ini.

Pada ketika tawaran menarik seperti tawaran YES (Year End Sale) ini ditawarkan, Chin Peng pada mulanya tidak isi pun borang. Tapi last2 tarikh dah offer dah nak habis baru terhegeh nak isi. Dia juga gagal datang pada hari interview dan bersumpah bagi mendapatkan pengampunan untuk diberi kewarganegaan mudah ini. Maka berterusanlah Chin Peng di Thailand hingga hari ini.

Dewasa ini pula, kita semua tahu, Pakatan Rakyat yang bijak main buah catur bagi melihat Kerajaan sekarang tumbang bijak mencari isu remeh dan ditambah perisa perkauman untuk menarik simpati rakyat terutamanya bangsa cina cuba bertindak menjadi hero dalam filem 'Anwar : 16 September jadi PM'. Apapun aku bersama tentera serta perajurit Malaysia yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Malaysia akan berjuang menentang cubaan membawa pulang Chin Peng ini. Ini bagi menjamin Malaysia yang kita cintai ini terus aman dan damai.

Post a Comment