Pagi ini aku minum secawan kopi dengan seorang rakan yang baru sahaja pulang dari Jakarta, Indonesia. Kisahnya, dia amatlah berasa bertuah menjadi rakyat Malaysia dek kerana mempunyai pemimpin yang bijaksana dalam pentadbiran negara. Jika tidak katanya, mungkin Malaysia menjadi seperti Indonesia atau lebih teruk dari itu. Ya! aku juga akui ini semua benar. Umum tahu, malah pemandu teksi yang membawa rakan aku di Jakarta baru-baru ini turut tahu dan menyandungi Tun Mahathir atas sumbangan besar terhadap permodenan Malaysia.
Garapan rakan aku, disoalkan kepada pemandu teksi apa pandangan peribadinya terhadap Tun, dengan selamba pemandu itu menjawab, jika ada seorang pemimpin Indonesia seperti Tun, maka Indonesia tidak seperti sekarang. Lihat, Jakarta yang dipenuhi rakyat Indonesia yang tinggal di rumah-rumah setinggan dan dicelah-celah bangunan. Jumlah rakyat Indonesia yang tinggal di Jakarta sahaja bersamaan separuh jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia dengan keluasan hampir 5 kali ganda Kuala Lumpur.
Dek kerana rumah setinggan yang penuh disekitar jalan, ditambah pula dengan trafik yang bergerak terlalu perlahan, side mirrow dengan side mirrow kereta begitu rapat, maka disoalkan soalan cepu emas kepada pemandu teksi berkenaan, apa pandangan pula kepada bapak anwar? Katanya, bapak Anwar tidak bagus, saya tidak suka bapak Anwar. Lihat Indonesia, setiap hari umpama parti penunjuk perasaan. Inilah budaya bapak Anwar. Kita di Indonesia tidak suka budaya ini, tapi budaya ini dikembangkan oleh bapak Anwar di Malaysia. Sebelum ini egak ada pun....
Ternyata sekali, rakyat Indonesia pun membenci Anwar. Tidak suka sama Anwar. Kenapa kita sebagai rakyat Malaysia mahu menyanjungi BAPAK ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI? Adakah kita tidak nampak semua ini? Adakah kita mahu rakyat Indonesia sedarkan kita bahawa budaya demontrasi melumpuhkan ekonomi negara? BILA KITA MAHU SEDAR? SEDARLAH wahai Malaysia...
Post a Comment