GST 2 : KENAPA NAJIB nak tukar GST dari SST?


GST adalah sistem yang dianggap lebih komprehensif, efektif, telus dan business friendly kerana ianya mempunyai ciri self policing system (self accounting) yang lebih memudahkan sektor perniagaan


Mempunyai asas percukaian yang lebih meluas :
Meliputi semua sektor ekonomi
Dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara serta yang diimport


Sumber hasil yang lebih stabil berbanding cukai langsung (cukai pendapatan)
Tidak dipengaruhi oleh keadaan kegagawatan ekonomi yang melanda dunia berikutan ianya dipungut berasaskan kepada kepenggunaan – mereka yang menggunakannya akan dikenakan cukai


Boleh meningkatkan pematuhan cukai berikutan mempunyai ciri self policing system yang lebih berkesan – terdapat ciri-ciri cross checking dalam sistem GST


Industri atau peniaga yang tidak mendaftarkan peniagaan mereka (sektor ekonomi yang terselindung/pasaran gelap) yang dianggarkan sebanyak 32%, dijangka akan muncul untuk berdaftar di bawah GST berikutan terdapat insentif untuk mendapatkan ITC

Post a Comment