GST 3 : Perbezaan GST dan SST kepada perbelanjaan Rakyat



Berdasarkan gambar rajah di atas, didapati cukai perkhidmatan yang dikenakan di peringkat input akan menjadi sebahagian daripada kos pengeluaran kepada syarikat berikutan tiada pengecualian yang diberi.

Akibatnya, pihak pengguna bukan sahaja membayar cukai di peringkat perkhidmatan akhir iaitu sebanyak RM1,500 tetapi terpaksa jua membayar cukai tambahan sebanyak RM350 yang dikenakan di peringkat input

Masalah pengenaan cukai dua kali (tax on tax) ini tidak dapat dielakkan selagi sistem percukaian sedia ada tidak digantikan dengan sistem percukaian yang lebih berkesan seperti GST

Gambar rajah di atas menunjukkan bahawa pengguna tidak lagi dibebankan dengan membayar cukai dua kali di bawah GST berikutan semua cukai yang dikenakan ke atas input akan dituntut semula oleh pihak peniaga sebagai kredit.

Oleh yang demikian, kos perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemberi perkhidmatan akan menjadi kurang sebanyak RM350

Dengan mengambil andaian bahawa GST pada kadar yang sama iaitu 5%, didapati pihak pengguna masih boleh menikmati harga yang lebih rendah dan jumlah cukai yang dibayar hanyalah sebanyak RM1,482.50 berbanding dengan cukai yang perlu dibayar di bawah sistem cukai semasa iaitu sebanyak RM1,850

Penjimatan ialah sebanyak RM367.50

Perkhidmatan akan menjadi lebih murah lagi apabila cukai yang dikenakan di bawah GST adalah sebanyak RM4% sahaja.

Post a Comment