Apakah pengertian qazaf?
Menurut mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan liwat atau zina'
Pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qasaf. Hukumannya ialah ta'zir.
Akta kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.
Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasangannya melakukan zina dengannya.
ghostwriter: Abisla Bang Nuar kali ni....Agaknya dia nak "spin" apa plak yer? kita saksikan babak seterusnya selepas ini.
Post a Comment