Rakyat Marhaen Merancau : WUJUD Lagi ke KeKKWA?

menurut Rakyat Marhaen :
Seorang guru di Hulu Selangor memberitahu bahawa kerajaan akan melaksanakan kempen politik secara tidak langsung antara 12 hingga 15 April ini sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau yang enggan dikenali berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam suatu mesyuarat rasmi di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Isnin lalu telah membentuk 15 adhoc program yang membabitkan guru-guru kelas agama dan fardu ain (Kafa), jawi, al-Quran dan fardu ain (J-Qaf) dan pegawai Jakim sendiri.

Ujarnya lagi, guru J-Qaf dan Kafa diarahkan mengadakan beberapa program bersama-sama ibu bapa kepada para pelajar sekolah demi meraih sokongan politik pengundi pada Umno/BN.

Manakala, Jakim pula diminta, menurut beliau akan mengadakan beberapa program khusus membabitkan pengundi-pengundi dari kalangan Orang Asli.


Demi menjayakan kempen secara tidak langsung itu, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 ribu bagi setiap program tersebut.

Tambah beliau, kesemua 15 program yang membabitkan kaum Melayu dan Orang Asli itu bakal dihadiri para pemimpin Umno bertaraf menteri dan timbalan menteri.

Jamil sendiri, menurut beliau, akan merasmikan satu program rasmi di Gerinchi Jaya, Hulu Selangor.

Dalam perkembangan yang lain, seorang kakitangan di Kementerian Penerangan, Kemunikasi, Kesenian dan Kebudayaan (KeKKWa) turut diturunkan secara langsung di Hulu Selangor.

Menurut beliau, kementerian dijadualkan mengadakan wayang pacak di semua kampung bermula malam esok.

GHOSTWRITER :
Alahai Blogger Rakyat Marhaen, kau jangan buat-buat buta mata tak baca berita paper sampah hang tew.... Apa Khalid Gagap tak bagitau kau ker yang dia cuba umpan isu YBK kepada rakyat Hulu Selangor. Atau kau tak pergi solat Jumaat sekitar Masjid dalam kawasan Hulu Selangor yang semuanya membaca skrip yang sama iaitu itu rasuah politik dan rompak duit rakyat. 


Kalu kita kaji balik, di Bagan Pinang juga pernah terjadi begini. Di mana minggu pertama pilihanraya, text yang dibaca juga berunsur politik kotor yang mana cuba mengaitkan pemimpin BN dengan rasuah dan rompak duit rakyat. Ini merupakan taktik salah guna mimbar Masjid bagi tujuan politik dan meraih simpati rakyat terutama melayu. Dan taktik yang sama juga turut di rekod apabila pulang dari Masjid di sekitar kawasan pilihanraya adalah pengedaran Paper sampah seperti Siasah, Harakah dan sampah sarap yang lain yang merupakan saluran yang terkini digunakan bagi memberikan maklumat dan merintih simpati rakyat. Semua ini atas arahan siapa?

Terkini Khalid Gagap telah MENGHADIAHKAN tanah tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rasa, Hulu Selangor dalam usaha meraih sokongan dan mengecek undi kaum berkenaan.

Sebelum itu, Khalid Ibrahim atas kapasitinya selaku Menteri Besar telah pun BERLAKON menyerahkan geran-geran tanah kepada peneroka-peneroka dengan ANDAIAN bakal pengundi Hulu Selangor TIDAK TAHU bahawa geran tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu. Pentadbiran Khalid hanya menyerahkan geran tersebut sebagai umpan pilihanraya sekalipun kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinannya tidak PERNAH MELULUSKAN sebidang tanah pun kepada orang Melayu sepanjang 2 tahun berkuasa, melainkan mengambil nama daripada usaha kerajaan negeri sebelum Mac 2008.

Sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat lebih banyak meluluskan permohonan tanah daripada kaum Cina dan India sama ada untuk tujuan komersial, pendidikan mahupun keagamaan.

BODOHNYA BLOGGER MARHAENKementerian Penerangan, Kemunikasi, Kesenian dan Kebudayaan (KeKKWa) ker? Bukan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)? atau mungkin kementerian itu akan diwujudkan semasa "mimpi meleleh 16 Sept  Bang Nuar" terlaksana? Namun bilakah mimpi ini akan betul-betul terjadi?

Post a Comment