Zaid KATAK KALAH Fail Petisyen Isytihar Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor Tidak Sah


28 April -- Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim, akan memfailkan petisyen di mahkamah.

Ini bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kecil itu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai tidak sah.

Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil. 



-- BERITA24


GHOSTWRITER 


"Hai...dah kalah buat cara dah kalah laa..... tak boleh terima kenyataan plak.... mula menuding jari itu ini tak kena. Kalau menang mula menabik dada.... Takkan Peguam yang dah kaya raya ada kuda lumba kepingan nak jadi ahli Parlimen kot? cukup-cukupla...."

Post a Comment