PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK SEMASA MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE SINGAPURA PADA 23-24 MEI 2010 LALU, TELAH BERSETUJU DENGAN RAKAN SEJAWATNYA DARI SINGAPURA, LEE HSIEN LOONG UNTUK MENYELESAIKAN ISU TANAH REZAB KTMB YANG TELAH TERTANGGUH HAMPIR 20 TAHUN. KEDUA-DUA PERDANA MENTERI JUGA BERSETUJU UNTUK MENYELESAIKAN BEBERAPA ISU LAIN SEPERTI PEMBINAAN SISTEM TRANSIT LAJU(RTS), PEMBANGUNAN BANDAR KESIHATAN, PENURUNAN KADAR TOL DI LINK KEDUA DAN PENAMATAN PERJANJIAN AIR 1961.
PERJANJIAN 1918 BERHUBUNG DENGAN PAJAKAN 999 TAHUN TANAH KTMB OLEH KERAJAAN BRITISH SINGAPURA
PERJANJIAN 1918 PAJAKAN 999 TAHUN TANAH KTMB, MENJELASKAN PENGGUNAAN TANAH PAJAKAN KTMB HANYA UNTUK PERKHIDMATAN KERETAPI SAHAJA. JIKA SEBALIKNYA, TANAH TERSEBUT PERLU DIKEMBALIKAN KEPADA SINGAPURA.
BERAPA KELUASAN TANAH KTMB DI SINGAPURA ?.
TANAH REZAB KTMB TERLETAK DI TANJONG PAGAR, KRANJI, WOODLANDS SERTA 3 LOT DI BUKIT TIMAH DENGAN KELUASAN 271 HEKTAR ATAU 536.2 EKAR. MENGIKUT PERJANJIAN PAJAKAN TANAH KTMB 1918, HANYA UNTUK KEGUNAAN PERKHIDMATAN KERETAPI SAHAJA.
SEJAUHMANA PERSETUJUAN INI MENGUNTUNGKAN MALAYSIA?
PADA DASARNYA PERJANJIAN INI MENGUNTUNGKAN KEDUA-DUA NEGARA. ISU INI TERHALANG LEBIH DARIPADA 20 TAHUN. KERAJAAN SINGAPURA BERSETUJU MENGGANTI TANAH KTMB DENGAN TANAH YANG SAMA NILAINYA DI MARINA SOUTH DAN/ATAU OPHIR ROCKER. KERAJAAN KEDUA-DUA NEGARA BERSETUJU MENUBUHKAN SYARIKAT M-S PTE. LTD DIMANA MALAYSIA MEMEGANG 60% SAHAM MELALUI KHAZANAH NASIONAL BERHAD DAN SINGAPURA 40% MELALUI TEMASEK HOLDING LIMITED UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH INI.
APAKAH KEMUDAHAN SEKIRANYA STESEN KERETAPI TANJUNG PAGAR DIPINDAHKAN KE WOODLANDS?
SETESEN KERETAPI TANJUNG PAGAR YANG TERLETAK DI SELATAN SINGAPURA AKAN DIPINDAHKAN DI WOODLANDS YANG LEBIH HAMPIR DENGAN NEGERI JOHOR BAGI MEMUDAHKAN URUSAN IMEGRESEN DAN CIQ. URUSAN KELUAR MASUK LEBIH 40 RIBU RAKYAT MALAYSIA YANG BEKERJA DI SINGAPURA AKAN BERTAMBAH MUDAH DENGAN PEMINDAHAN STESEN KERETA API DI WOODLANDS JIKA DIBANDINGKAN DENGAN TANJONG PAGAR. INI MENGUNTUNGKAN KEDUA-DUA NEGARA DARI SEGI EKONOMI DAN PELANCONGAN.
PERJANJIAN YANG DICAPAI
· STESEN KTMB DI TANJONG PAGAR AKAN DIPINDAHKAN KE WTCP MENJELANG 1 JULAI 2011
· TIGA BIDANG TANAH DI TANJONG PAGAR, KRANJI DAN WOODLANDS SERTA TIGA LAGI DI BUKIT TIMAH DIBANGUNKAN BERSAMA
· SYARIKAT M-S PTE LTD DIBENTUK BAGI MEMBANGUNKAN TANAH INI.
· PENYERAHAN TANAH-TANAH INI KEPADA M-S PTE LTD BERKUATKUASA APABILA KTMB MENINGGALKAN STESEN KERETA API TANJONG PAGAR.
· SISTEM TRANSIT LAJU (RTS) ANTARA TANJUNG PUTERI(JB) DENGAN SINGAPURA AKAN DIBANGUNKAN BERSAMA.
· BANGUNAN TERMINAL PENUMPANG STESEN KERETA API TANJONG PAGAR AKAN DIKEKALKAN DAN PELIHARA.
· SYARIKAT USAHA SAMA KHAZANAH NASIONAL BERHAD DAN TEMASEK HOLDINGS LIMITED DIBENTUK BAGI MENJALANKAN PROJEK PEMBANGUNAN IKONIK DI ISKANDAR.
· LOJI AIR DI JOHOR AKAN DISERAHKAN KEPADA JOHOR SELEPAS PERJANJIAN AIR TAMAT TEMPOHNYA TAHUN DEPAN.
· BAYARAN TOL DI LALUAN LINK KEDUA AKAN DIKURANGKAN.
· KHIDMAT BAS RENTAS SEMPADAN DI PERTINGKAT MANAKALA PERATURAN KHIDMAT TEKSI DILONGGARKAN.
TANAH REZAB KTMB DI SINGAPURA DALAM PERJANJIAN TAHUN 1918 HANYA DIBENARKAN UNTUK KEGUNAAN PERKHIDMATAN KERETAPI SAHAJA. PEMBANGUNAN TANAH KTMB OLEH KEDUA-DUA NEGARA AKAN MEMBERI PULANGAN YANG BAIK TERUTAMA PENINGKATAN PELABURAN HARTANAH, PELUANG PEKERJAAN DAN PELANCONGAN. ATAS SEMANGAT SETIAKAWAN DAN FAKTA SEJARAH, TANAH KERETAPI DI SINGAPURA DIBANGUNKAN UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA. DISAMPING ITU LAIN-LAIN MASALAH TERTUNGGAK TERMASUK PERJANJIAN AIR, SISTEM TRANSIT LAJU (RTS) DAPAT DISELESAIKAN. KERJASAMA KEDUA-DUA NEGARA ADALAH PENTING KERANA MALAYSIA DAN SINGAPURA MERUPAKAN RAKAN DAGANGAN TERBESAR. WALAU BAGAIMANAPUN, KEPUTUSAN AKHIR TENTANG PEMBANGUNAN TANAH REZAB KTMB DI SINGAPURA INI HANYA AKAN DIMUKTAMADKAN SELEPAS LAWATAN PERDANA MENTERI SINGAPURA KE MALAYSIA DALAM WAKTU TERDEKAT INI.
Post a Comment