Aku ada dengar-dengar bahawa "Makmal Driver" yang kononnya diwujudkan untuk melaksanakan kajian berkenaan dengan Rasionalisasi Subsidi telah mengeluarkan beberapa cadangan buat kerajaaan BN.
Bertemakan Wawasan 2020, langkah-langkah ini dicipta sebagai gerak kerja yang berani untuk mendekatkan negara ke arah mencapai wawasan 2020.
Antara cadangan "driver prebet sapu" ini ialah mengurangkan subsidi sikit-sikit dan akhirnya tiada langsung subsidi diberikan. Antara barangan yang disenaraikan termasuklah, bahan api merangkumi petrol, diesel, LGP, gula, elektrik, tepung, minyak masak dan tol.
Untuk rekod, LPG disubsidikan demi nak menggalakkan rakyat menggunakan gas bagi memasak. Bila laksanakan Rasionalisasi Subsidi nanti, pastinya rakyat akan menggunakan dapur kayu api dalam memasak kerana tidak mampu membeli gas yang harganya mencecah RM50++ setong.
Dalam mengulas persoalan adakah "Driver" melibatkan PEMBANGKANG dalam melaksanakan kajian di LAB ni? Jawab si "Driver" Tony Pua ada datang mewakili Pembangkang. Dan Tony Pua bersetuju dengan cadangan yang dibawakan oleh "Driver" ni.
Bagi aku, kalu aku pembangkang, konfrem aku juga akan setuju 300%. Sebab ini adalah peluang aku untuk menawan Putrajaya. Takkan si "Driver" boleh tak faham putar belit pembangkang??
Cadangan aku kepada "Driver", jangan hanya buat keputusan dalam LAB. Keluar buat pilot test on da ground. Konfrem akan ramai yang tidak bersetuju kecuali pembangkang.
Jika ini terjadi, maka Igauan NGERI KERAJAAN BN akan menjadi kenyataan. "Driver" sepatutnya memikirkan bagaimana menambah pendapatan negara. Bukan membuat keputusan yang melingkupkan BN.
Dari segi politik juga, jika "Driver" ingkar nak laksanakan juga, pastinya rakyat akan memilih pembangkang pada PRU akan datang, bukan kerana rakyat suka pembangkang, tapi kerana rakyat marahkan kerajaan BN.
Post a Comment