Semangat Tuan Guru Nik Aziz untuk laksanakan hudud sebagai rumusan rawatan gejala social terus luntur dan kendur apabila disanggah oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang.
Kata Nik Aziz, pengamal undang-undang Karpal Singh itu menentang keras undang-undang hudud kerana Karpal tidak faham secara mendalam apa itu undang-undang hudud. Dalam perkataan lain Karpal masih dibendung kejahilan walaupun telah lama berkawan dengan Tuan Guru.
“DAP (cuma dia) seorang, kita nak tahu kenapa dia tolak (undang-undang hudud)... adakah menganiaya orang, mereka tidak pernah berdepan dengan orang PAS, dia duduk di sana, kita duduk di sini, tak pernah berdepan. Jika Karpal mahu berjumpa saya, Alhamdulillah... tetapi saya nak jumpa dia agak susah sikit, saya banyak kerja,” kata Tuan Guru Nik Aziz yang ternyata gagal menyampaikan dakwah kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang.
Manakala Lim Kit Siang pula berpegang kepada prinsip “Hudud laws and Islamic state are not Pakatan Rakyat policies. This is why there is no mention of these issues in the Pakatan Rakyat common platform unveiled at the Pakatan Rakyat Convention in Shah Alam on 19th December last year.” (Blog Lim Kit Siang)
Apa ni Tok Guru? Jangankan nak laksana hudud ,niat atau sebut sahaja hukum hudud pasti Nik Aziz akan di”shut up you!!” oleh dua-dua “monsters” rakan akrabnya dalam Pakatan Rakyat.
GHOSTWRITER
TGNA pernah bersabda bahawa 'di dada Karpal Singh ada bulan' yang merujuk kepada lambang PAS yakni bulan mengambang. Namun hakikatnya adalah Karpal masih lagi dibendung kejahilan. Apa nie TGNA?
Post a Comment